Mesin Penyedut Hampagas Acerpure Clean V2 Kini Di Malaysia Pada Harga RM1299
July 23, 2025
•
Amy Maizuraa
Acer meluaskan segmen perkakasan rumahnya menerusi pelancaran mesin penyedut hampagas Acerpure Clean V2 untuk pasaran Malaysia. Ia direka untuk menawarkan pengalaman pembersihan lebih cekap melalui teknologi kitaran lima tahap dan sistem HEPA boleh dibasuh. Sistem itu mampu membasmi virus berbahaya serta mengurangkan partike kotor halus yang lebih kecil daripada bakteria.

Acerpure Clean V2 hadir dalam warna putih dan dilengkapi dengan kuasa sedutan sehingga 20,000Pa bersama tiga mod operasi iaitu Turbo, Standard dan Eco. Ia juga menawarkan kebuk habuk sebesar 450ml di samping bateri dengan masa penggunaan sehingga 45 minit. Dengan berat hanya 1.37kg, Acerpure Clean V2 mudah digunakan dana sesuai untuk pelbagai jenis permukaan. Ia turut didatangkan dengan pelbagai aksesori termasuklah Mite Brush, Electric Roller Brush dan Pet Brush With Flexible Hose bersama sistem penyimpanan tapak berdiri.

Bagi yang berminat, Acerpure Clean V2 ditawarkan pada harga jualan RM1,299 sebuah, dengan harga promosi serendah RM999 untuk masa terhad. Bersempena pelancaran ini, pembeli juga berpeluang menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM150 yang sah sehingga 6 Ogos 2025.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.