Malaysia Oversight

Mesin Basuh Pinggan Acerpure Vortex KW1 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2599

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Mesin Basuh Pinggan Acerpure Vortex KW1 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2599


Mesin Basuh Pinggan Acerpure Vortex KW1 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2599

November 6, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

Dalam era moden yang serba pantas, urusan harian semakin mudah termasuklah kerja mencuci pinggan . Sehubungan itu, Acer Malaysia memperkenalkan mesin basuh pinggan terbaharu iaitu Acerpure VORTEX KW1 yang direka khas untuk memudahkan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini.

Acerpure VORTEX KW1 3 edited

Acerpure VORTEX KW1 hadir dalam warna putih cermin dengan reka bentuk kompak dan berat 17.5 kg. Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori seperti paip masuk dan keluar, penyambung tiga hala, bakul, jag air, manual pengguna serta kad jaminan untuk kemudahan penggunaan.

Acerpure VORTEX KW1 2

Mesin ini mampu mencuci hingga 46 unit pinggan mangkuk dalam satu kitaran yang juga sesuai untuk individu bujang, pasangan atau keluarga kecil. Selain itu, ia menyokong pelbagai jenis bahan seperti seramik, kaca dan keluli tahan karat.

Acerpure VORTEX KW1 4

Mesin ini dilengkapi teknologi cucian antibakteria suhu tinggi sehingga 75°C serta sistem semburan tiga lengan berputar 360 darjah. Teknologi ini memastikan setiap sudut pinggan mangkuk dibersihkan dengan sempurna. Selain itu, pengguna juga boleh memilih enam mod cucian seperti Normal, Eco, Intensive, Quick, Fruit dan Dry/UV. Semua mod ini boleh dikawal melalui panel sentuh LED berwarna yang mudah digunakan.

Acerpure VORTEX KW1 1

Setelah selesai cucian, pengguna boleh mengaktifkan sistem pengeringan PTC dan udara UV untuk memastikan pinggan mangkuk sentiasa kering, bebas bau serta bersih hingga 7 hari. Menariknya, setiap kitaran hanya menggunakan 5.2-liter air dan 0.45kWh tenaga sekali gus menjimatkan sehingga 96% air berbanding cucian tangan.

Acerpure VORTEX KW1

Acerpure VORTEX KW1 kini tersedia di Acer eStore serta kedai rasmi Acerpure di Shopee dan Lazada pada harga RM2599. Bagi pelanggan terawal yang membuat pembelian sebelum 19 November 2025, mereka akan menikmati harga pelancaran eksklusif RM1999 termasuk kredit eWallet Touch ‘n Go RM100 dan jaminan tahun ketiga secara percuma.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link