Malaysia Oversight

Menteri sahkan tiada bayaran pada selebriti

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Menteri sahkan tiada bayaran pada selebriti


Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad, hari ini mengesahkan bahawa tiada sebarang bayaran dikeluarkan sebagai imbukan kepada persembahan beberapa selebriti terkenal dalam sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan ringkasnya, Dzukefly berkata kehadiran dan persembahan Siti Nurhaliza, Mila AF dan Jamal Abdillah dibuat secara sukarela bagi meraikan kehadiran Perdana Menteri, Ibrahim, serta keluarga besar KKM.

Ahli Parlimen Kuala itu menambah, Siti Nurhaliza sendiri sudah mengesahkan bahawa dia tidak diberikan sebarang bayaran atas persembahan yang ditampilkan.

Bagi Jamal pula, Dzukefly berkata, hanya sagu hati diberikan kepada penyanyi dan pelakon terbabit.

“Tok Ti (Siti Nurhaliza) hadir sebagai rakan tetamu Yayasan Nurjiwa. Mila AF juga tidak mengenakan caj,” katanya.

Terdahulu, ruangan komen Facebook Dzulkefly menjadi tempat sesetengah pihak menyatakan kritikan kerana tidak senang dengan tindakan KKM mengadakan majlis Aidilfitri dengan melibatkan selebriti terkenal.

Mereka antara lain mempersoalkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membayar artis terbabit.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Jamal bersetuju menyanyi pada majlis tersebut selepas menerima jemputan daripada Ketua Setiausaha KKM yang memang kenalannya.

Kata Dzulkefly, majlis sambutan hari raya KKM tahun ini diadakan di kompleks mereka sendiri dan dihadiri ramai petugas kesihatan dari jauh dan dekat.

“Semoga majlis rahmah mesra ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwah dan mahabbah di antara keluarga besar KKM,” katanya.



Source link