Malaysia Oversight

Menteri khuatir Siti tak mahu lagi buat persembahan sukarela

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Menteri khuatir Siti tak mahu lagi buat persembahan sukarela


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali menyatakan rasa sedih apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa memberi penjelasan berhubung persembahan di majlis hari raya anjuran .

Ahli Parlimen Papar itu berkata, dia khuatir jika penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu enggan membuat persembahan secara sukarela dalam acara lain selepas ini.

“Khususnya mengenai Datuk Siti saya ada terbaca juga, saya pun sedih apabila dia terpaksa membuat komen (penjelasan) itu. Saya khuatir selepas ini dia tak mahu keluar (buat persembahan sukarela) pula.

“Jadi saya ingin jelaskan contohnya kalau terkait Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dia merupakan penggerak kepada Yayasan Nurjiwa, merupakan rakan strategik KPDN dalam kita menggerakkan program kebajikan membantu kos sara hidup rakyat.

“Yayasan Nurjiwa melaksanakan inisiatif foodbank untuk dihantar (agih) kepada golongan yang susah.

“Dia hadir sebagai rakan strategik, dia menyanyi secara tiba-tiba atas permintaan daripada bawah dan dia menyumbangkan lagu,” katanya selepas merasmikan Hari Intelek dan Muzik 2025 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya, hari ini.

74017de42dcde5b733cdfba285ae25d1

Armizan berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman orang ramai terhadap persembahan beberapa artis popular pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini selepas ruangan komen Facebook Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjadi sasaran netizen yang mempersoalkan perbelanjaan bagi membayar artis terbabit.

Semalam Siti berkata dia tidak menerima sebarang bayaran untuk menyanyi pada majlis tersebut dan berbuat demikian dengan rela hati bagi menyatakan penghargaan terhadap petugas kesihatan.

Malaysiakini melaporkan Jamal berkata dia hanya menerima sagu hati kecil untuk membuat persembahan dan menerima jemputan itu daripada Ketua Setiausaha KKM yang merupakan kenalannya.

0063919d381151e5dcfdac317303f4a0

Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad, hari ini pula mengatakan tiada sebarang bayaran dikeluarkan untuk persembahan tersebut.

Sementara itu Armizan berkata, Siti Nurhaliza juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk persembahan pada majlis hari raya anjuran KPDN, semalam.

“Dia hadir atas kebersamaan dan kita amat menghargainya. Walaupun saya sendiri tak sempat tengok sebab bergegas (ke acara lain).

“Saya amat menghargai Datuk Siti yang memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang bekerja keras termasuk di KPDN untuk menggalas amanah dalam membantu kos sara hidup rakyat,” katanya.



Source link