Malaysia Oversight

Menteri beri jaminan KPM siasat kes guru didakwa malukan murid

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
Menteri beri jaminan KPM siasat kes guru didakwa malukan murid


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyiasat insiden seorang guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan-rakannya,

Katanya, apa yang belaku itu amat dikesali kerana ia sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan, dan rakaman berkenaan turut tersebar serta memberi impak besar kepada masyarakat.

b3422f5e85c5a6d5de0c8250225fef38

“Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.

“Saya juga yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk memastikan apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik,” katanya pkepada media selepas majlis pelancaran dan simbolik penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, tular video yang memaparkan seorang murid sekolah rendah dimarahi oleh guru di kantin sekolah.

Murid itu didakwa dipaksa untuk mengaku perkara yang tidak dilakukannya dan video yang dirakamkan itu kemudiannya diberikan kepada ibu murid tersebut.

Mengulas lanjut, Fadlina berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan untuk memperhalusi perkara ini dengan lebih serius kerana ia membabitkan integriti dan etika guru.

8c0dffaf3245e0e2d4d0663f679dd0b3

“KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan kepada guru yang juga penjawat awam mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika serta integriti baik di dalam kelas, luar kelas dan media sosial sekali pun,” katanya lagi.



Source link