Malaysia Oversight

Mengapa suara jalan tengah jadi medan penentu

By MkiniBM in August 11, 2025 – Reading time 6 minute
malaysiakini logo


KATA MP l Perbahasan politik di Malaysia memang meriah. Sayangnya ia sering terjerumus masuk ke ruang maki-hamun dalam kalangan para penyokong tegar parti-parti politik yang sentiasa berbalah.

Lebih sedekad lalu menjelang pilihan raya umum 2013, saya telah menghasilkan sebuah buku bertajuk “Middle Malaysia: Centre Ground is Battle Ground”. Melainkan sesebuah parti atau gabungan kehilangan sokongan kumpulan penyokong tegar mereka, pilihan raya selalunya dimenangi oleh pihak yang berjaya meyakinkan pengundi atas pagar.

19e70dcc25021b61fb8bc412083db043

Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen, dan daripada jumlah itu, 165 berada di semenanjung. Pada pilihan raya umum ke-15 pada 2022, di semenanjung sahaja, dalam banyak persaingan tiga penjuru, Pakatan Harapan (PH) memenangi 71 kerusi, Barisan Nasional () 23, dan Perikatan Nasional (PN) 71.

Jika PH dan bergabung tenaga menentang PN dalam pertandingan satu lawan satu, di mana PH dan PN masing-masing mempunyai 45 kerusi “selamat” manakala sekitar 20 kerusi “selamat” – dan dijangkakan setiap gabungan ini akan mengekalkan kerusi-kerusi mereka – maka PRU akan datang di semenanjung akan memperlihatkan persaingan sengit di 50 kerusi “swing seat” yang sering berubah pemenangnya.

Dalam keadaan ini, PH dan PN masing-masing mempunyai sekitar 20 kerusi yang perlu dipertahankan.

Dalam pertandingan satu lawan satu, tentunya kedua-dua PH dan BN akan kekurangan kerusi untuk ditandingi berbanding PRU sebelumnya. Namun, kedua-duanya lebih berpeluang untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi sebelum ini, berbanding dengan peluang PN.

771a95b066b2b3b9743546c60f6668a6

Andaian saya ini berasaskan kepada fakta bahawa walaupun BN mencatatkan prestasi terburuknya pada pilihan raya umum 2022, ia lebih berpeluang mengekalkan kerusi yang telah dimenanginya pada PRU akan datang, asalkan tiada pertandingan yang melibatkan pertembungan di antara PH dan BN.

Keputusan PRU ke-16 nanti akan ditentukan oleh tiga kawasan geografi dan enam demografi pengundi yang kerap berubah pilihan parti.

Tiga kawasan geografi

Kluster ini merupakan kawasan kerusi-kerusi Parlimen di Seberang Perai (Pulau Pinang), Kedah Selatan, dan Perak Utara yang kebanyakannya mempunyai banyak persamaan dengan demografi Permatang Pauh, iaitu antara 65-75 peratus pengundi Melayu dengan sejumlah pengundi bukan-Melayu yang signifikan.

Dalam persaingan satu lawan satu di antara PH-BN dan PN, jika calon Perpaduan mampu meraih 40-50 peratus undi Melayu serta mendapat sokongan sebahagian besar pengundi bukan-Melayu, dan lebih penting lagi, dengan jumlah keluar mengundi yang tinggi, kerusi-kerusi PN bakal berpindah milik kepada PH-BN.

f2651626433cf11b6a1d0d621bf255f0

Sejak 2008, PH sentiasa mendapat sokongan 40 peratus pengundi Melayu di .

Dengan ini, “Formula ” boleh menjadi teladan untuk PH-BN.

2. Kluster selatan Perak, utara Selangor

Ada beberapa kerusi PN dalam kluster ini yang mampu dimenangi PH-BN jika berlaku pertandingan satu lawan satu, dan sekiranya ia dilaksanakan dengan semangat Formula Selangor.

dd9ffdf4bcc0ace715d8ab5ab23c08fe

3. Kluster selatan semenanjung

Pengaruh dan Bersatu lemah di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Jika PH dan BN dapat meneruskan kerjasama yang berjalan dengan baik dalam Perpaduan sekarang, peluang PH-BN untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan tipis pada PRU 2022 adalah cerah.

Yang paling penting ialah mengekalkan hubungan harmoni di antara PH dan BN di negeri-negeri selatan Semenanjung ini. Sebagai contoh, di Johor yang ada 26 kerusi Parlimen, PH menang 15 kerusi, BN 9, dan PN 2.

Mengekalkan kerusi-kerusi yang PH dan BN menang pada PRU15 bermakna 24 kerusi Parlimen dapat disumbangkan bagi membentuk persekutuan.

65b374a70ade05c0b1469ee8cb77d15c

Pimpinan Kerajaan Perpaduan di negeri-negeri ini juga perlu memberi tumpuan kepada bandar kecil, pekan, dan kampung. Ramai kalangan generasi muda di kawasan-kawasan ini bekerja di bandar-bandar besar tetapi masih kekal mengundi di kampung masing-masing.

Setakat ini, dasar-dasar kerajaan dilihat belum lagi memenuhi keperluan penghuni-penghuni kota yang pulang mengundi di kampung asal mereka, termasuk untuk sanak-saudara mereka yang masih tinggal di kampung dan kawasan separa bandar. Masalah terlepas pandang dasar ini yang menjadi beban berganda perlu diatasi segera.

Demografi pengundi kerap berubah

1. Lingkungan Kerinchi

Ramai orang Melayu mengundi di kampung asal mereka tetapi menetap dan bekerja di Lembah Klang, Greater Johor Bahru, dan kawasan Pulau Pinang/Seberang Perai-Kulim.

Di kawasan-kawasan bandaraya dan bandar besar ini, mereka tinggal di perkampungan menegak (vertical village), iaitu kawasan rumah pangsa dan pangsapuri.

Ini bermakna, kesenjangan pembangunan kawasan sebenarnya bukan di antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu, sebaliknya ia adalah di antara Bangsar dan Kerinchi, atau di antara Sunway dan rumah pangsa Mentari.

86fa559ed35ef2352ae12ca610ebc969

Memahami kesan politik dan sosial serta hasil dasar-dasar perumahan, pengangkutan awam, kesihatan, dan pendidikan, serta keadaan pasaran buruh bagi kumpulan demografi ini amat penting bagi membantu Kerajaan Perpaduan menghadapi pilihan raya.

Menjamin keselamatan ekonomi atau “menaikkan lantai” demi kehidupan yang lebih baik untuk kumpulan ini akan memberi kesan positif yang besar.

2. Pekerja Malaysia di Singapura

Ada kira-kira 1.1 juta warga Malaysia yang bekerja di Singapura. Mereka merupakan kumpulan pengundi penting yang telah memberi sokongan kepada PH pada PRU 2013, 2018, dan 2022, khususnya di negeri-negeri selatan Semenanjung pada PRU15.

Kerajaan Perpaduan perlu meyakinkan warga Malaysia di Singapura bahawa ekonomi negara kita sedang pulih, manakala jurang gaji di antara Malaysia dan Singapura semakin mengecil.

fc9b474ac1056126ef70348c1cd6a27c

Malah, ada antara mereka yang sudah boleh kembali ke Malaysia untuk mendapat gaji yang walaupun masih rendah berbanding Singapura, ia lebih baik daripada sebelum ini.

Yang penting, jika gaji di Malaysia dapat menghampiri dua pertiga gaji di Singapura, tidak mustahil warga Malaysia akan pulang bekerja di negara sendiri.

Ini bermakna kerajaan perlu tegas dalam reformasi pasaran buruh untuk “menaikkan lantai”, khususnya menaikkan gaji.

3. Anak muda yang resah

Reformasi 1998 dijayakan oleh golongan muda, dan kebangkitan PH sejak 2008 juga digerakkan oleh pengundi muda yang marah dan tidak puas hati dengan pentadbiran negara serta suasana politik masih di takuk lama. Namun, pada PRU15, PH pula bersama BN kehilangan sokongan anak muda.

795fb55485185fb3250adc4ca1900842

Kerajaan Perpaduan sedar tentang gelombang anti-establishment dalam kalangan anak muda. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan golongan belia.

Rungutan dan rasa tidak puas hati generasi muda perlu difahami dan ditangani. Dasar belia yang lebih holistik merangkumi pekerjaan, latihan TVET, gaji, perumahan, pengangkutan, kesihatan, dan sebagainya adalah amat diperlukan.

Ketiadaan sebarang naratif baharu tentang PTPTN juga akan menimbulkan masalah dalam PRU akan datang.

4. Pengundi wanita sebagai penentu

Semua tinjauan pendapat menunjukkan bahawa sokongan wanita terhadap Kerajaan Perpaduan lebih tinggi berbanding lelaki dalam kumpulan umur yang sama.

35e72807f787c7f08ecbac7e9c428c94

Namun, Kerajaan Perpaduan perlu mengambil langkah lebih serius untuk mengangkat taraf kehidupan wanita, terutamanya membantu mereka kekal bekerja untuk jangka masa yang lebih lama. (Kadar penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan adalah paling rendah di rantau Asia Tenggara.)

5. Penjawat awam

Kedua-dua PH dan BN gagal mendapat sokongan majoriti kakitangan awam pada PRU15.

Namun, menurut beberapa tinjauan pendapat, atas usaha gigih Kerajaan Perpaduan, khususnya melalui kenaikan gaji yang signifikan, para penjawat awam mula kembali selesa dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Perdana Menteri Ibrahim.

f92faaee9a7df66175ba9310808ca04b

Kebanyakan mereka sedar bahawa kerajaan sekarang benar-benar serius mentadbir negara berbanding dengan ahli-ahli politik pembangkang.

6. Pekerja

Dalam perbahasan politik Malaysia, golongan pekerja jarang diberi perhatian. Kalau ada pun, ia biasanya dari sudut pandang majikan. Walaupun setiap pekerja mempunyai satu undi, hak mereka untuk berkongsi kek ekonomi negara masih terlalu kecil berbanding rakan-rakan sekerja mereka di negara lain di rantau ini (seperti yang dikenal pasti oleh Kerangka Ekonomi Madani).

Jika Kerajaan Perpaduan dapat memenuhi keperluan pekerja serta mampu berkomunikasi dalam bahasa politik yang meyakinkan mereka tentang jaminan ekonomi, ia akan dapat menarik undi golongan pekerja.

1f2662eea7bb19be7bd5585a166a59bc

Turut perlu dilaksanakan segera ialah mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing tanpa kemahiran yang selama ini telah membantutkan kenaikan gaji untuk pekerja Malaysia.

Walaupun PRU tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini, persediaan awal perlu dibuat.

Dengan memahami dari mana datangnya undi yang sentiasa berubah ini akan membantu Kerajaan Perpaduan menggubal dasar-dasar yang dapat memenuhi keperluan segmen-segmen pengundi ini yang bakal menentukan keputusan pilihan raya.

353584fc39fd4d5e5ee410515e858333

Golongan atas pagar menjadi penentu pilihan raya. Medan pertandingan masih berada dalam kalangan suara majoriti di jalan tengah, dan bukannya di pinggiran, walau bagaimana kuat sekali pun jeritan golongan tegar yang berpihak ini.


LIEW CHIN TONG adalah ahli Parlimen Iskandar Puteri. Dia juga adalah timbalan menteri pelaburan, perdagangan dan industri.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link