Malaysia Oversight

Mendambakan para menteri yang lebih baik

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 3 minute
Mendambakan para menteri yang lebih baik


ULASAN | Menelaah The Origins of Political Order: From Prehuman Times to the French Revolution tulisan Francis Fukuyama bukanlah sesuatu yang mudah. Padat, berliku huraiannya, tapi kalau ada satu perkara yang saya dapat ambil daripadanya – adalah tentang institusi. 

Sebuah institusi mengambil masa yang lama untuk berkembang dan menjadi satu. 

Setelah ia berakar menjadi sesuatu institusi, untuk mengubahnya pula tidaklah mudah. Tidaklah sesenang menukar slogan daripada 1Malaysia kepada Malaysia Madani, misalnya.

Malaysia – yang baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaannya sekali lagi – adalah sebuah institusi. Ia institusi besar yang dibina dengan lapisan-lapisan institusi lain yang lebih kecil. 

Institusi-institusi itu pula terbina daripada puluhan tahun proses pembinaan negara, masyarakat, ekonomi dan politik yang pada satu ketika dimonopoli oleh naratif ketuanan Melayu Umno. 

Naratif ini – kalau pun ada – adalah tidak dominan ketika kelahiran Malaysia. Mood ketika itu lebih toleran terhadap hubungan antara kaum.

60034f019f509424253d0ae2bfa1f4d9

Tetapi oleh kerana pertembungan tajam ketuanan Melayu Umno dan politik , dua idea yang ultra itu mewujudkan masyarakat Melayu yang sangat ekstrem pemikirannya. Sama ada mereka penyokong Umno atau penyokong , kedua-duanya ditarik jauh dari realiti kepelbagaian kaum. 

Interaksi mereka terhadap kaum lain tidak berkembang baik malah menjadi lebih buruk dari hari ke hari, dekad ke dekad.

Hari ini – kurang tiga bulan lagi untuk kita menyambut tiga tahun Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 – adakah telah melakukan kerja bersungguh-sungguh untuk berdepan dan berinteraksi dengan institusi-institusi yang membentuk Malaysia? 

Tiada jaminan undi

Pada penilaian saya, saya katakan ya. Dia bukan sahaja berinteraksi, tapi kadang-kadang mencabar dan memecah norma.

Saya berikan satu contoh, iaitu interaksinya dengan institusi yang sangat penting – kalaupun bukan terpenting dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim Malaysia – institusi agama. 

Bagi saya gerak dan pencak sangat berani seandainya kita cuba menyingkap apa yang berlaku sekadar sebulan ke belakang. 

627e71d1f16643e862a63c7e387cb528

Pada 9 Ogos lalu, berlangsung ijtimak atau pertemuan ulama-ulama dan guru-guru pondok di Kelantan. Ijtimak itu bukan kecil sifatnya. Institusi pondok, terutamanya di Kelantan, sejak sekian lama diketahui adalah condong kepada

Bahkah barangkali istilah condong itu pun tidak tepat. Boleh dianggap institusi pondok di Kelantan adalah kilang yang mengeluarkan kader-kader PAS dari semasa ke semasa.

Tetapi Anwar mendepani institusi pondok secara anak jantan. Lebih penting daripada itu, kita juga melihat keikhlasannya. Sama ada langkah itu akan memberikan seribu undi atau kosong undi, itu perkara kedua. 

Namun interaksi Anwar dengan ulama, dengan guru-guru agama, dengan Kelantan, peruntukan-peruntukan yang diumumkan – tanpa menjanjikan akan ada undi datang – sudah menunjukkan keikhlasannya. 

Hal itu kalau kita mahu melihat dengan mata hati yang jernihlah!

Kesinambungan kepada interaksi Anwar dengan institusi pondok itu ialah terpilihnya Sheikh Wazir al-Makki, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 2025 peringkat kebangsaan yang diumumkan kelmarin.

Tentunya Anwar tidak bergerak sendiri dalam hal ini. Pujian patut kita berikan kepada menteri agama, timbalannya, dan institusi-institusi di bawah kementerian berkenaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). 

Belum benar-benar bersedia

Tidak dilupakan juga Konvensyen Nadwah Ulamak Nahdah Jadidah (Nunji) yang dipimpin oleh Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof.

Malangnya, keberanian berinteraksi dan mencabar institusi oleh Anwar itu tidaklah boleh dikatakan yang sama kepada majoriti ahli kabinet sekarang. 

Sekadar mengambil beberapa contoh, masih ada ustaz dan ustazah penyebar kebencian perkauman, misalnya, terlepas mendapat ruangan di agensi rasmi Madani seperti radio dan RTM. 

Memanglah individu-individu terbabit tidak menghasut di radio atau tivi semasa bersiaran, tetapi ambil sedikit inisiatif dan selidik dulu akaun media sosial mereka. Hanya selepas itu baru diberikan ruang di media kerajaan.

Ada sesiapa yang boleh memberitahu Fadzil tentang hal ini? 

Atau apakah ia sudah diberitahu, tapi ia sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi?

34c4b42ae6372615d47fc4b82bf59087

Fadhlina Sidek pula dari sehari ke sehari makin menyerlahkan ketidaksediaannya untuk menjadi menteri bagi mengetuai sebuah institusi sepenting Kementerian Pendidikan. 

Entah berapa kali Ahli Parlimen Nibong Tebal itu dilihat kurang matang, ‘kurang masak’ atau beremosi dalam penampilan awamnya. Pedulilah sama ada di parlimen atau ketika berdepan dengan wartawan-wartawan. 

Lebih buruk, dia dilihat tidak bersedia atau tidak punya kekuatan untuk berdepan dengan penjawat-penjawat awam di bawah kementeriannya sendiri. 

Jadi ‘akak fasi’ sajalah Kak Fadh!


NAJMUDDIN YUSOFF ialah peminat politik tanah air yang kini sering memerhati perkembangan semasa dari rantau Arab sambil menikmati menu Pakistan.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Source link