Malaysia Oversight

Menara 3 KLCC terbakar – Utusan Malaysia

By Utusan in November 1, 2025 – Reading time 1 minute


PETALING JAYA: Usaha pemadaman kebakaran di tingkat atas Menara 3 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini masih giat dilakukan ketika ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, tindakan pemadaman kebakaran masih dilakukan di lokasi.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan di lokasi kejadian,” katanya.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi berkaitan kecederaan atau kemalangan jiwa. – UTUSAN





Source link