Malaysia Oversight

Memorandum Jemaah Menteri isu haramkan vape dibentang selewatnya hujung tahun

By MkiniBM in August 23, 2025 – Reading time 2 minute
Memorandum Jemaah Menteri isu haramkan vape dibentang selewatnya hujung tahun


Satu Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung pengharaman rokok elektronik atau akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata untuk usaha berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membentang laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Pembentangan (laporan cadangan) itu saya buat ringkas. Perdana Menteri (Datuk Seri Ibrahim) dan Kabinet mahukan saya menghantar satu Memorandum Jemaah Menteri ke arah pengharaman .

“Macam saya selalu sebutkan, ia bukannya kalau tetapi kita memang akan haramkan. Saya bertanggungjawab untuk melunaskan arahan itu dan persoalannya adalah cara, masa serta pendekatan digunakan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri dan Majlis Penutup Program Jom Nak Sihat Kuala 2.0 2025 di Kompleks Stadium Tertutup Kuala .

Dzulkefly ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi KKM di Dewan Rakyat pada Khamis lepas berkata laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman sedang dilengkapkan oleh jawatankuasa kepakaran kementeriannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Selangor dijangka mempunyai empat ‘Wellness Hub’ dengan penambahan pusat baharu di Kuala Selangor yang kini dalam proses rangka pembinaan.

Beliau berkata untuk peringkat nasional, menyasarkan untuk mewujudkan 81 Wellness Hub di seluruh negara menjelang 2033.

“Reformasi sistem kesihatan kini menjadi tumpuan utama negara di bawah RMK13, dengan peralihan daripada model ‘sick-care’ kepada ‘health-care’. Tumpuan ini menekankan pencegahan penyakit, penjagaan kesihatan primer, dan pembudayaan hidup sihat sebagai teras sistem kesihatan yang mampan.

“Melalui pendekatan ini, berhasrat memastikan rakyat bukan sahaja dirawat apabila sakit tetapi dibimbing dan didorong untuk mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat,” katanya.

Bernama



Source link