Malaysia Oversight

Melawan arus, Mas Ermieyati tak tunduk pada ‘desakan’ letak jawatan

By MkiniBM in December 31, 2025 – Reading time 2 minute
Melawan arus, Mas Ermieyati tak tunduk pada ‘desakan’ letak jawatan


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mas Ermieyati Samsudin menegaskan dia tidak akan meletakkan jawatannya buat masa ini demi menjaga kestabilan organisasi dan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Keputusan itu dibuat susulan “desakan” yang menuntutnya mengikut jejak langkah Yassin yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN semalam, susulan krisis dengan di Perlis.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meletakkan jawatan ini bukanlah didorong oleh sebarang kepentingan peribadi, apatah lagi kerana ingin mempertahankan jawatan atau kuasa.

“Sebaliknya, ia dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi serta kepentingan perjuangan Perikatan Nasional di peringkat negeri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

bee804d7eeb04b623952e6b5fb5daafa
Bekas menteri besar Perlis dari (kiri) dan nenteri besar Perlis sekarang dari Bersatu

Keputusan Mas Ermieyati itu dilihat melawan arus ketika ramai pemimpin Bersatu mengikuti jejak langkah susulan ‘rampasan’ kerusi menteri besar daripada di Perlis.

Selain , ramai pemimpin kanan PN di pelbagai negeri daripada Bersatu mengikuti jejak langkah anggota parlimen Pagoh, termasuk Ahmad Faizal Azumu (Perak), Sahruddin Jamal (Johor) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak).

Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga ketua Wanita PN menjelaskan bahawa hubungan antara komponen parti di Melaka, khususnya dengan PAS, berada dalam keadaan harmoni dan tidak terjejas dengan isu di Perlis.

Mas Ermieyati berkata PN Melaka kini sedang berada dalam fasa persiapan penting bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga enam bulan lagi.

Menurutnya, sebarang perubahan kepimpinan secara mendadak dikhuatiri akan melemahkan momentum gerak kerja jentera yang sedang dibina.

“Kesinambungan dan kerjasama erat kepimpinan amat penting bagi memastikan gerak kerja, penyusunan jentera dan strategi dapat berjalan dengan tersusun serta berkesan,” katanya lagi.

c7c43db71474cd7bde8236c1b0c0a739
Muhyiddin (kanan) dan Presiden PAS Hadi Awang

Dia turut menyifatkan dakwaan bahawa jawatan pengerusi negeri terbatal secara automatik susulan peletakan jawatan pengerusi pusat sebagai “kurang tepat” kerana pelantikan dibuat berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi PN.

Mas Ermieyati turut menggesa semua pihak menghentikan polemik terbuka di media sosial berkaitan hubungan Bersatu dan PAS kerana ia hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu.

Bagaimanapun, dia menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sekiranya perkara itu diputuskan secara bersama oleh pucuk pimpinan tertinggi gabungan tersebut.

“Saya sendiri bersedia untuk melepaskan kedua-dua jawatan sekiranya itu merupakan keputusan bersama yang dibuat secara matang dan berlandaskan kepentingan parti dan gabungan,” tambahnya.

Kemelut dalaman PN bermula selepas lima Bersatu menggulingkan menteri besar PAS Mohd Shukri Ramli. Tampuk kepimpinan negeri terkecil di Malaysia itu kini disandang oleh anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.

Langkah itu menimbulkan kemarahan pemimpin PAS sehingga membawa kepada cakap-cakap perpecahan PN dan idea menghidupkan semula gabungan Muafakat Nasional (MN) dengan sebelum ini.

Setakat ini belum jelas sama ada PAS akan mengambil alih tampuk kepimpinan pusat PN susulan pengunduran Muhyiddin.



Source link