Malaysia Oversight

Melaka permudah poligami, kelulusan dalam 21 hari

By MkiniBM in April 28, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Melaka mempermudah urusan bagi orang yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman (gambar bawah) berkata perkara itu merupakan satu pembaharuan dibuat negeri, dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.

“Sekiranya permohonan poligami ini dibuat dan mencukupi semua syarat, dalam tempoh 21 hari dah dapat kelulusan untuk berpoligami.

“Kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita dah buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap,” katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di Melaka hari ini.

2e09cf9c2cbc2f08c377af39f0d1b77a

Dalam pada itu, Rahmad berkata orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan.

Beliau berkata pernikahan secara sindiket amat sukar untuk didaftarkan dan memberi impak kepada anak-anak apabila tidak dapat dibinkan dengan nama bapa.

“Akhirnya anak-anak ini akan susah untuk bersekolah dan juga bekerja pada masa akan datang… jadi janganlah sama sekali nikah secara sindiket,” katanya.

– Bernama



Source link