MELAKA: Tuan rumah Melaka mengesahkan tempat ke pusingan kedua di Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali Edisi Ke-4 berlangsung di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, malam ini. Gandingan Pongsatorn Phong-Udtha (tekong), Mohd. Azlan Alias (apit kanan) dan Muhammad Raqib Affendi (apit kiri) tidak menghadapi masalah menang mudah 2-0 ke atas KPM-MSSM. Kejayaan menewaskan KPM-MSSM 15-6 dan 15-8 memastikan Melaka meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan F selepas…






