Malaysia Oversight

Melaka beri insentif RM50,000 kepada jaguh badminton Toh Ee Wei

By TheSun in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Melaka beri insentif RM50,000 kepada jaguh badminton Toh Ee Wei


MELAKA: negeri Melaka telah menyampaikan insentif khas sebanyak RM50,000 kepada pemain beregu campuran negara kelahiran Melaka, Toh Ee Wei susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Dunia di Paris, Perancis baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan Ee Wei bersama gandingannya Chen Tang Jie muncul juara acara itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa malah turut membanggakan rakyat Melaka.

negeri amat menghargai pencapaian Toh Ee Wei yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.”

“Insentif khas ini diharap menjadi penyuntik semangat kepada lebih ramai anak Melaka untuk berjaya di peringkat dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ab Rauf menerima kunjungan Ee Wei di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan itu Ee Wei turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah akademi badminton di Melaka sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu sukan berkenaan.

negeri menyambut baik cadangan ini kerana ia bukan sahaja memberi sumbangan besar kepada pembangunan sukan malah menjadi wadah beliau berbakti kepada negeri kelahirannya,” katanya. – Bernama



Source link