SEGALANYA bermula dari dapur kecil di Felda Jerangau, Terengganu, tempat seorang ibu, Suhailah Abdul Rahman menguli ubi keledek untuk dijadikan kuih keria bagi menambah pendapatan keluarga. Minat dan usaha kecil itu akhirnya melahirkan empayar perniagaan apabila anaknya, Mohamad Faris Shahin Mohd. Fairus, 27, menyambung legasi tersebut di bawah jenama Mekeria. Daripada sekadar jualan kampung, Mekeria kini beroperasi di bawah KVG Juta Sdn. Bhd., lengkap dengan kilang pengeluaran bertauliah serta pensijilan…






