Malaysia Oversight

Mekanisme aduan MMM saluran profesional tangani isu media

By Utusan in January 23, 2026 – Reading time 2 minute
Mekanisme aduan MMM saluran profesional tangani isu media


: Menteri Komunikasi, Datuk Fadzil menyifatkan mekanisme aduan rasmi diperkenalkan Majlis Media Malaysia (MMM) sebagai satu saluran aduan yang profesional.

Beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan taniah dan amat mengalu-alukan pengendalian mekanisme aduan oleh MMM.

“Ini merupakan satu saluran yang profesional dan berinstitusi untuk orang ramai malah juga pihak-pihak berkepentingan untuk kemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita.

“Jadi kita serahkan kepada pihak MMM nanti untuk bantu uruskan akhirnya nanti ke arah kawalan kendiri isu-isu yang melibatkan media dalam negara kita,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

MMM semalam mengumumkan bahawa mekanisme aduan rasmi kini dibuka dan beroperasi sepenuhnya menerusi saluran emel [email protected] atau laman web rasmi https://majlismedia.my/complaints/ memberi peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan mengemukakan aduan berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita.

Aduan itu akan dikendalikan di bawah Jawatankuasa Kod Tatakelakuan dan Aduan yang berfungsi sebagai saluran bebas, telus dan tidak bersifat menghukum, selaras dengan prinsip kawal selia kendiri media.

Pengumuman ini dibuat susulan perkembangan terbaharu, termasuk isu melibatkan Press yang mencetuskan perdebatan awam serta laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung perkara terbabit.

Dalam perkembangan lain, berkata, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong (Backbenchers Club, BBC) yang baharu.

Katanya, pelantikan beliau dilihat sebagai langkah memperkukuh peranan ahli Parlimen penyokong dalam menyokong agenda pentadbiran serta memperkemas hubungan antara kementerian dan wakil rakyat di peringkat Parlimen. – UTUSAN





Source link