MediaTek Kompanio 540 Dilancarkan – Tawar Hayat Bateri 35% Lebih Baik Untuk Chromebook
Amy Maizuraa
MediaTek memperkenalkan Kompanio 540 yang direka khas untuk Chromebook mampu milik. Cip ini menawarkan prestasi tinggi dan kecekapan tenaga, serta membolehkan penggunaan sepanjang hari. Selain itu, ia dikatakan menjimatkan tenaga sehingga 35% berbanding model terdahulu Kompanio 520.

Kompanio 540 dilengkapi dengan cip lapan teras dalam konfigurasi 2 + 6 iaitu dua teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.6GHz dan enam teras cekap tenaga Cortex-A55 pada 2.0GHz. Cip turut digabungkan dengan GPU ARM Mali-G57 MC2 yang menyokong paparan 4K pada kadar 60Hz serta sambungan kepada dua monitor beresolusi 2.5K secara serentak.
Cip ini menyokong teknologi Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 dan Bluetooth Low Energy (LE). Ia juga menawarkan pilihan memori dan storan dengan sokongan kepada RAM LPDDR5-6400 dan LPDDR4x-4266, serta storan eMMC 5.1 dan UFS 3.1 yang lebih pantas. Selain itu, cip ini menyokong sambungan USB 3.2 Gen 2 dan PCIe Gen 2.
Kompanio 540 akan mula digunakan dalam peranti bermula Januari 2026.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






