Malaysia Oversight

Media sosial, kemenangan Izzah dan isu nepotisme

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 3 minute
Media sosial, kemenangan Izzah dan isu nepotisme


Dalam era digital, media sosial menjadi komponen utama dalam pembentukan naratif politik.  

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi tetapi juga sebagai alat yang mampu membentuk persepsi rakyat terhadap pemimpin dan isu semasa.  

Kemenangan sebagai timbalan presiden adalah salah satu contoh bagaimana media sosial memainkan peranan menentukan sama ada pemilihan seseorang pemimpin dianggap sebagai kemenangan demokratik atau sebaliknya–kesinambungan politik keluarga.  

Persoalan mengenai nepotisme dalam politik Malaysia telah lama menjadi perdebatan dan dengan kehadiran media sosial naratif ini semakin dipengaruhi oleh interaksi dalam ruang digital.  

Oleh itu media sosial berfungsi dalam dua cara utama dalam perbincangan politik digital di negara ini. Pertama, ia menjadi ruang demokrasi yang membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan terbuka.  

Perbincangan mengenai kepimpinan sama ada positif atau negatif dapat berkembang di platform seperti Facebook, Twitter dan TikTok yang membentuk satu wacana politik yang lebih inklusif.  

Dalam konteks ini media sosial memperkukuh demokrasi dengan memberikan rakyat peluang untuk berdebat secara terbuka dan berkongsi pandangan mereka mengenai pemimpin yang mereka sokong atau persoalkan.  

Kedua, media sosial juga boleh menjadi alat manipulasi politik di mana naratif tertentu diperkukuh melalui algoritma dan kempen digital yang terancang.  

Dalam kes kemenangan , apabila menelusuri platform media sosial terdapat dua bentuk naratif yang berkembang secara meluas satu yang menyokongnya sebagai pemimpin berwibawa dengan pengalaman politik yang luas dan satu lagi yang mengaitkannya dengan nepotisme serta kesinambungan dinasti politik dalam negara.  

Naratif yang menyokong kemenangan Nurul Izzah cenderung melihatnya sebagai pemimpin yang berhak mendapatkan kedudukannya atas dasar keupayaan dan pengalaman.  

Beliau telah lama berada dalam dunia politik memperjuangkan pelbagai isu reformasi yang selari dengan matlamat .  

Naratif berlawanan

Dari sudut ini sokongan terhadapnya di media sosial menggambarkan keyakinan akar umbi terhadap kepimpinannya serta kepercayaan bahawa beliau mampu membawa hala tuju parti ke arah lebih baik.  

Penyokongnya menggunakan platform digital untuk menonjolkan rekod politiknya serta idea-idea yang dibawa dalam arena kepimpinan.  

Namun naratif yang berlawanan menonjolkan aspek nepotisme dengan menekankan bahawa pemilihannya sebagai Timbalan Presiden adalah hasil pengaruh nama keluarganya bukan semata-mata atas dasar merit.  

Kritikan ini diperkuat melalui hantaran dan perbincangan di media sosial yang membandingkan kedudukannya dengan keadaan politik di mana pemimpin-pemimpin daripada keluarga berpengaruh sering kali mendapat tempat dalam kepimpinan negara.  

Ini menunjukkan bagaimana media sosial berfungsi sebagai medan tempur naratif politik.  

Setiap peristiwa politik kini bukan sekadar berlaku di dunia nyata tetapi juga mengalami pembentukan dan peralihan makna di ruang maya.  

Dengan adanya algoritma yang menentukan kandungan yang mendapat lebih banyak perhatian, perbincangan mengenai nepotisme dan kemenangan Nurul Izzah tidak berkembang secara organik sepenuhnya tetapi turut dipengaruhi oleh bagaimana kandungan itu dikongsi, diterjemah dan difahami dalam bentuk yang menarik perhatian khalayak.  

Hal ini menimbulkan persoalan penting: adakah media sosial lebih banyak membantu memperkukuh demokrasi atau lebih banyak memperkuat manipulasi politik?  

Jika dilihat secara positif, media sosial memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses pelbagai pandangan dan maklumat sekaligus memperluaskan pemahaman mereka mengenai politik negara.  

Ia membolehkan wacana mengenai kepimpinan berlangsung tanpa kawalan mutlak oleh pihak atau mana-mana kumpulan berkepentingan tertentu.  

Dalam konteks kemenangan Nurul Izzah, jika seseorang individu mengkaji perdebatan ini dengan teliti mereka boleh melihat secara jelas hujah kedua-dua pihak dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan maklumat yang diperoleh.  

Namun dalam masa yang sama media sosial juga boleh digunakan untuk menyebarkan naratif tertentu secara terancang di mana pihak berkepentingan menyusun strategi komunikasi yang mampu mempengaruhi sentimen awam dengan menonjolkan aspek tertentu sahaja daripada satu isu.  

Perspektif yang dimanipulasi

Kesimpulannya kemenangan Nurul Izzah dan isu nepotisme dalam politik Malaysia menunjukkan bagaimana media sosial boleh berfungsi sebagai alat demokrasi dan manipulasi dalam masa yang sama.  

Ia membolehkan suara rakyat didengari dan perbincangan politik berlangsung secara lebih terbuka tetapi pada masa yang sama ia juga boleh memperkuatkan naratif yang dipengaruhi oleh strategi komunikasi politik tertentu.  

Oleh itu dalam menghadapi era politik digital, rakyat perlu lebih berwaspada dalam menganalisis maklumat yang mereka terima di media sosial agar tidak mudah terpengaruh dengan perspektif yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.  


ISMAIL HASHIM YAHAYA adalah pemerhati geopolitik dan hubungan antarabangsa.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link