Malaysia Oversight

MCMC siasat ‘pakar patologi’ palsu TikTok

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 3 minute
MCMC siasat 'pakar patologi' palsu TikTok


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti individu di sebalik akaun TikTok “Dato’ Prof Dr Tunku Iskandar” yang menyamar sebagai pakar patologi dan mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa suspek bukan seorang pakar patologi.

“Suspek dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam semalam, hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua (2) individu yang turut bersama dalam sesi ‘TikTok Live’ akaun berkenaan.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses rakaman keterangan. Peralatan komunikasi miliknya turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,” kata MCMC pada satu kenyataan.

596e655c076dda716fe11ebb9963dd13

MCMC turut memberi amaran bahawa penyebaran maklumat palsu, khususnya membabitkan perkara sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa kemalangan, merupakan satu kesalahan serius. Tindakan sedemikian boleh menambah derita keluarga yang sedang berduka, mengelirukan orang ramai, serta menjejaskan siasatan rasmi.

“Kes ini disiasat oleh MCMC di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta 588, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kes ini turut disiasat Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran maklumat tidak tepat berhubung kes Zara.

Persatuan itu menegaskan liputan media telah diganggu oleh individu tidak terlatih yang memasuki zon media dan kemudiannya memonetisasi siaran langsung yang pada asalnya bertujuan memberi maklumat kepada orang awam, tindakan yang menurutnya menjejaskan kerja kewartawanan dan menambah kekeliruan.

“Dakwaan palsu seperti laporan tidak tepat berhubung prosiding mahkamah telah disebarkan oleh sumber yang tidak sahih. Akses sidang media perlu mengutamakan media berdaftar untuk memastikan laporan yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan MCMC telah mengenal pasti individu di sebalik akaun TikTok “Dato’ Prof Dr Tunku Iskandar” yang didapati menyamar sebagai pakar patologi, serta mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan suspek tersebut bukan seorang pakar patologi.

“Individu berkenaan dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam tadi hasil maklumat daripada keterangan dua individu yang turut berada dalam sesi TikTok Live akaun tersebut.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk rakaman keterangan, manakala peralatan komunikasinya turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan penyebaran maklumat palsu, khususnya membabitkan isu sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa nahas, merupakan satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Kes ini turut disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

231dd83ffcf1da93b0aefc663cffaec7

Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar kemudian mengumumkan pihaknya telah memperoleh perintah reman selama tiga hari terhadap suspek, bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos.

Kumar turut mengingatkan orang ramai bahawa Jabatan Peguam Negara pada 13 Ogos telah memutuskan untuk membuka inkues berhubung kematian Zara Qairina.

Justeru, dia memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menakut-nakutkan orang awam, menimbulkan kegusaran atau mengganggu prosiding mahkamah.

Dia juga mengulangi nasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya orang ramai tidak mudah mempercayai maklumat di media sosial tanpa terlebih dahulu mengesahkan kesahihannya, serta menasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu, khususnya membabitkan isu berkaitan perpaduan dan keselamatan negara.

83097b4d1b481ed25451b75a9256af58

“PDRM menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional, serta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.



Source link