Malaysia Oversight

MCMC akur PM arah siasat penafian Muhyiddin

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 1 minute
MCMC akur PM arah siasat penafian Muhyiddin


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Yassin terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Dalam kenyataan hari ini, menurut MCMC pihaknya akan menyiasat perkara itu berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

“MCMC mengambil maklum kenyataan media Pejabat Perdana Menteri supaya siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.

“MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih,” menurut MCMC.

d01c9c89d153eb6a0711647219289181

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim telah mengarahkan MCMC untuk menyiasat kenyataan penafian itu, selaras dengan prinsip yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab.

Semalam, pada sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.

Sehubungan dengan itu, yang juga bekas Perdana Menteri menerusi satu perkongsian di media sosialnya menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.

Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) konsisten sejak dahulu bahawa manfaat pelaksanaan subsidi harus diberikan keutamaan terhadap kepentingan rakyat.

– Bernama



Source link