Malaysia Oversight

MCCBCHST desak kabinet noktahkan kemelut tukar agama kanak-kanak

By MkiniBM in February 6, 2026 – Reading time 2 minute
MCCBCHST desak kabinet noktahkan kemelut tukar agama kanak-kanak


Sebuah gabungan kumpulan pelbagai agama hari ini menggesa untuk mempertahankan pendirian bahawa penukaran agama kanak-kanak kepada memerlukan keizinan daripada kedua-dua ibu bapa.

Rayuan daripada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, , Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) itu menyusuli hujah yang dikemukakan oleh peguam kanan persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly pada 3 Februari lalu.

Mewakili wilayah persekutuan dalam pendengaran saman yang dikemukakan oleh M Indira Gandhi dan 13 yang lain, Hanir menegaskan bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan tidak mewajibkan kelulusan kedua-dua ibu bapa. Sebaliknya, menurutnya, hanya memerlukan keizinan sekurang-kurangnya seorang dewasa yang bertanggungjawab, sama ada ibu bapa atau penjaga.

Hanir juga berkata tafsiran luas terhadap Perkara 12(4) harus diguna pakai dengan menterjemah perkataan “parent” (ibu atau bapa) dalam bentuk tunggal mengikut maksud asalnya.

Dia menyatakan bahawa pemahaman sedemikian membolehkan “fleksibiliti lebih besar” dalam pentadbiran undang-undang berkaitan penukaran agama kanak-kanak bawah umur, sekali gus memastikan tiada aspek kebajikan kanak-kanak yang terlepas pandang.

Mengulas mengenai pendirian itu, MCCBCHST menggesa kabinet untuk mengesahkan bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai hak yang sama rata terhadap anak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Berhujah bahawa ia adalah demi kepentingan terbaik dan kebajikan kanak-kanak untuk mewajibkan keizinan kedua-dua pihak sebelum penukaran agama, kumpulan itu turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 yang menetapkan bahawa definisi “parent” haruslah dalam bentuk jamak (ibu dan bapa).

“Sebarang langkah untuk membenarkan hanya salah seorang ibu atau bapa melakukan penukaran agama adalah tidak adil, tidak bermoral, bertentangan dengan kepentingan kanak-kanak dan keluarga, serta bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut,” kata MCCBCHST dalam satu kenyataan semalam.

“Kami merayu kepada kabinet untuk membincangkan perkara ini spada kadar segera dan mengambil langkah bagi memastikan keizinan kedua-dua ibu bapa adalah mandatori sebelum kanak-kanak bawah umur boleh ditukar agama, dan memperkenalkan perundangan di Parlimen jika perlu untuk memuktamadkan perkara ini.”

Ia menegaskan bahawa langkah tersebut amat penting bagi mengelakkan “cabaran yang tidak perlu” pada masa hadapan.

Dalam hujahnya, Hanir berkata bahawa keputusan 2018 — yang menjadi sandaran utama plaintif dalam kes mereka — adalah tidak mencukupi memandangkan keputusan mahkamah tertinggi itu adalah khusus mengikut fakta kes dan tidak mencabar peruntukan negeri yang berkaitan atau Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 secara langsung.

Plaintif telah memfailkan saman pemula pada 3 Mac 2023, dengan tujuan bergantung kepada keputusan mercu tanda berkaitan kes bekas suami Indira yang memeluk dan telah menukar agama tiga anak mereka secara unilateral tanpa keizinannya.

Plaintif memohon pengisytiharan mahkamah untuk membatalkan undang-undang penukaran agama unilateral yang terkandung dalam enakmen negeri bagi wilayah persekutuan, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, dan Johor.

Selain Indira, 13 plaintif lain terdiri daripada NGO Malaysia Sangam, bekas pengerusinya S Mohan, pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) Arun Dorasamy, dua mangsa yang mendakwa terlibat dalam penukaran agama unilateral, dan lapan penduduk dari negeri-negeri yang disebutkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 21 Mei ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan saman pemula plaintif tersebut.



Source link