Malaysia Oversight

MCA gesa ujian dan pembaikan dibuat dahulu

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
MCA gesa ujian dan pembaikan dibuat dahulu


sepatutnya memastikan sistem lebih bersedia dengan menjalankan ujian percubaan dan menyelesaikan masalah terlebih dahulu sebelum melancarkan program Sumbangan Rahmah (Sara), kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penyelidikan Dasar Nasional dan Kehidupan Rakyat MCA, Monna Ong.

Ini susulan isu gangguan sistem terminal yang mengalami kelewatan memproses transaksi susulan lonjakan jumlah pembelian pengguna

Dalam kenyataaannya, Ong mengakui usaha pantas pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut, namun menegaskan insiden seumpama itu boleh dielakkan jika perancangan dibuat dengan teliti.

“Walaupun tindakan pantas pihak berkuasa dihargai, bantuan besar-besaran seperti ini sepatutnya didahului dengan ujian menyeluruh dan penyelesaian masalah terlebih dahulu.

“Program besar yang melibatkan jutaan penerima memerlukan sistem yang betul-betul bersedia supaya tidak timbul kekecewaan seperti dua hari pertama pelaksanaan,” kata Ong.

d1abb1a0993578bfb91feb10d3a5b869

Semalam, Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan bahawa sistem terminal pembayaran untuk pengagihan bantuan Sara yang menggunakan rangkaian MyKasih mengalami kelembapan ketara di beberapa lokasi akibat lonjakan transaksi.

Setakat petang semalam, lebih 850,000 rakyat Malaysia dilaporkan telah membelanjakan lebih RM50 juta pada hari pertama pelaksanaan bantuan Sara sekali bayar itu.

Ong turut berkata, ramai pembeli kecewa dan meninggalkan troli selepas menunggu berjam-jam dan beratur panjang di pasar raya, menyebabkan pekerja terpaksa mengambil masa hampir lima jam untuk menyusun semula barangan ke rak.

Bantuan Sara RM100 sekali bayar itu diumumkan oleh Perdana Menteri Ibrahim bulan lalu, dan dikreditkan ke dalam MyKad untuk lebih 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

[Baca berita penuh]



Source link