Malaysia Oversight

MCA gesa polis halang ‘konfrontasi’ Akmal-DAP

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 3 minute
MCA gesa polis halang 'konfrontasi' Akmal-DAP


Presiden MCA, Wee Ka Siong mengarahkan sayap Pemuda partinya membuat laporan polis terhadap tindakan DAP menggerakkan ahlinya di Pulau Pinang bagi mempertahankan pekedai yang tersilap mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik daripada diganggu pihak tertentu.

Wee berkata langkah DAP itu berisiko mencetuskan ketegangan awam dan boleh membawa kepada insiden lebih serius.

“Terutamanya apabila pihak yang mempunyai pandangan bertentangan turut hadir di tempat sama.

“Ia harus ditekankan bahawa langkah ini adalah satu ancaman yang jauh lebih besar kepada ketenteraman awam berbanding dengan mana-mana kenyataan yang dibuat secara dalam talian.

a9ff58601f491297c3045421adf56cb0

“Apabila perasaan marah sedang membuak-buak, ia bakal membawa kepada kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut presiden MCA itu lagi, walaupun digambarkan sebagai solidariti, tindakan tersebut berpotensi menarik individu bermotif politik ke lokasi tumpuan dan meningkatkan risiko pertembungan.

“Peranan pihak berkuasa bukanlah untuk bertindak selepas berlakunya sesuatu konfrontasi, sebaliknya ia adalah untuk mengelak konfrontasi itu daripada berlaku.

“Cara terbaik adalah dengan memastikan punca konfrontasi ini dihalang sebelum ia bermula.

0eb12bd429ccedee9e2d6102ec12047d

“Pihak polis harus mengambil langkah tegas dan proaktif untuk memastikan bahawa Ketua Pemuda , Datuk Dr Akmal Saleh tidak meneruskan hasratnya ke Pulau Pinang dalam suasana tegang ini,” katanya.

Wee turut membidas sikap berdiam diri 40 ahli parlimen DAP yang menurutnya sepatutnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, supaya campur tangan.

“Memandangkan DAP telah gagal membuat demikian, maka saya telah mengarahkan Pemuda MCA untuk membuat laporan polis dengan segera bagi menggesa pihak berkuasa bertindak dan memberi amaran kepada kedua-dua pihak iaitu Pemuda dan Akmal Saleh supaya kehadirannya tidak memburukkan situasi, dan juga kepada DAP untuk menghentikan sandiwara mereka di lapangan.

“Diingatkan, keselamatan rakyat dan keharmonian awam harus sentiasa diutamakan, bukannya berterusan bermain sandiwara politik.

95c6d8a183d998dc2d2afb7776548cdc

“MCA tidak akan berdiam diri. Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya mengawal emosi masing-masing, dan kepada pihak polis untuk bertindak segera sekarang sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini,” tegasnya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan DAP akan menggerakkan ahlinya di Pulau Pinang untuk mempertahankan pekedai tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata partinya juga akan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang sekiranya ada pihak cuba mengganggu ketenteraman di kawasan premis itu.

Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan Loke dipercayai merujuk kepada ancaman Akmal untuk mengadakan protes di luar premis di Kepala Batas pada Khamis, jika pemilik kedai tidak dihadapkan ke mahkamah kerana mengibarkan bendera secara terbalik dalam video 20 saat yang tular.

0299ca51f6ddf02cca11381e443ed845

Semalam, Akmal berkata dia akan “mengajar” pemilik kedai itu cara memasang bendera dengan betul jika tiada pendakwaan dibuat dalam tempoh dua hari.

Namun selepas isu itu, Pemuda Terengganu pula dikecam Akmal apabila memuat naik grafik yang memaparkan Jalur Gemilang dengan hanya 12 jalur, bersama gambar hitam putih pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir — yang dikaitkan sebagai mangsa buli.

Kesilapan itu disedari pengguna media sosial, yang mempersoalkan jika Akmal akan turut ‘menyerang’ Pemuda Umno Terengganu. Poster tersebut dipadamkan pada 12.55 tengah hari dan diganti dengan versi baharu yang memaparkan bilangan jalur yang betul.

Tidak lama selepas itu, Akmal menggesa polis mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab di sebalik kesilapan tersebut.

Mengulas kenyataan Anthony Loke mengenai isu bendera terbalik di Pulau Pinang, Merlimau itu menegaskan dia tidak akan berkompromi dengan kesilapan daripada pihaknya sendiri.

“Kita tak kira siapa kamu, bangsa kamu walaupun fahaman politik apa sekali pun. Walaupun ini geng saya, salah tetap salah.

“Saya minta polis untuk siasat dan kenakan tindakan yang keras kepada orang yang buat poster ini, sebab ini tindakan yang tidak boleh boleh kita terima walaupun ia datang daripada keluarga dan juga kawan kita.

“Jadi pada Anthony Loke, kami bukan hipokrit seperti anda,” tegasnya lagi.



Source link