Malaysia Oversight

MBSJ ambil kira pandangan semua dalam pembinaan flyover

By Utusan in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
MBSJ


SUBANG JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan mengambil kira pandangan semua pihak dalam memastikan pembinaan flyover Persiaran Lagoon Selatan ke  Subang–Kelana Link dapat memastikan memastikan trafik dijalankan  menyeluruh, berkesan, dan memberi manfaat optimum kepada komuniti. 

MBSJ dalam satu kenyataan berkata, projek itu merupakan langkah strategik untuk mengurangkan kesesakan dan  meningkatkan aliran trafik di Subang Jaya (Persiaran Kewajipan), Sunway, dan USJ. 

“Reka bentuk projek ini telah melalui proses libat urus sebanyak dua (2) kali di peringkat  komuniti pada 19 Mei 2023 dan 13 Oktober 2023 di Padang Assam, SS14. Majlis juga  telah mengadakan sesi Townhall pada 22 November 2024 di Ibu Pejabat MBSJ yang  melibatkan komuniti serta agensi teknikal. Hasil sesi libat urus tersebut, MBSJ telah  mengambil kira input penduduk dan agensi berkaitan bagi pelaksanaan projek tersebut. 

“Semua pandangan telah diambil kira untuk memastikan penyuraian trafik dijalankan  menyeluruh, berkesan, dan memberi manfaat optimum kepada komuniti,” demikian menurut kenyataan itu sebagai maklum balas kepada laporan media atas talian berkaitan demonstrasi penduduk mengenai  pelaksanaan projek flyover baharu yang menghubungkan Persiaran Lagoon Selatan ke  Subang–Kelana Link baru-baru ini.

Menurut MBSJ, projek itu juga telah melalui penilaian terperinci berhubung keperluan teknikal termasuk  Kajian Impak Trafik (TIA), Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA), serta semakan dan  maklumbalas oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling, New Pantai Expressway  (NPE) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Reka bentuk mematuhi semua keperluan  di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan dilaksanakan sepenuhnya  di atas tanah

“Pihak MBSJ mengesahkan bahawa projek ini telah mendapat kelulusan Kebenaran  Merancang (Development Order) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat  (OSC).

“Walau bagaimanapun, tiada keperluan menyediakan kajian Social Impact  Assessment (SIA) dan Environment Impact Assessment (EIA) memandangkan projek ini  hanya melibatkan pembinaan jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ianya tidak  melibatkan proses pengambilan balik tanah. 

“Kesemua maklum balas dan cadangan reka bentuk telah dibentangkan dalam Mesyuarat  Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MBSJ dan disokong oleh agensi-agensi teknikal  termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling, Jabatan Perancangan Bandar dan  Desa Negeri (PLANMalaysia), Pejabat Daerah dan Tanah Petaling,  Pengurusan Air , TNB Subang Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri  , Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indah Water Konsortium (IWK), Lembaga Urus  Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Petaling,  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Mineral dan Geosains  Selangor / Wilayah Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN 





Source link