Malaysia Oversight

MB Selangor pula nyatakan sokongan terbuka terhadap Nurul Izzah

By MkiniBM in May 6, 2025 – Reading time 2 minute
MB Selangor pula nyatakan sokongan terbuka terhadap Nurul Izzah


Pemilihan semakin panas apabila seorang lagi pemimpin utama dalam parti itu menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan sebagai timbalan presiden.

Kali ini, sokongan itu datang daripada Menteri Besar , Amirudin Shari bersama 18 ketua cabang negeri itu.

“Sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan , saya menyatakan sokongan terbuka bersama rakan-rakan pimpinan dari seluruh cabang di negeri ini terhadap pencalonan sebagai timbalan presiden Keadilan.

“Kita tidak hanya perlukan pemimpin yang mahir berpidato atau memenangi kerusi. Kita perlukan pemimpin yang faham denyut nadi anggota, bersedia mendengar akar umbi dan tahu meletakkan parti mengatasi kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Amirudin juga menegaskan memerlukan seorang timbalan presiden yang tidak terikat dalam pentadbiran , tetapi boleh memberi fokus kepada mengukuhkan kekuatan dalaman parti.

“Kita perlukan sosok yang boleh memberi sepenuh tenaga untuk mempersiapkan Keadilan menghadapi PRU akan datang dengan strategi kukuh, struktur tersusun dan semangat anggota yang segar,” tambahnya.

9aad0ccced01433447115b1e7d20e61f

Terdahulu, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini secara terbuka menyatakan sokongan agar Nurul bertanding untuk jawatan nombor dua dalam parti itu.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat pusat dijadualkan berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei ini.

Penyandang timbalan presiden, Rafizi Ramli sebelum ini menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya, atas alasan mahu mengelakkan perpecahan dalam parti itu.

Menteri ekonomi itu dikatakan bakal dicabar oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun Saifuddin setakat ini masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Dalam kenyataan sama, Amirudin turut menyentuh kredibiliti dan ketokohan yang menurutnya telah melalui pelbagai ujian dalam dunia politik sejak usia muda.

“Nurul Izzah bukan orang baru. Beliau telah berjuang sejak muda, menjadi suara anak muda dalam zaman penuh getir, ditahan, dihina, namun tidak pernah meninggalkan medan perjuangan.

“Beliau membina nama bukan kerana nama keluarganya, tetapi kerana keteguhan prinsip dan keberanian berdiri untuk kebenaran,” katanya.

Tambahnya, Nurul Izzah juga telah membuktikan kredibilitinya dalam dua penggal sebagai ahli parlimen, naib presiden parti, serta sebagai pemikir dasar yang komited.

“Dalam dan luar negara mengiktiraf ketokohan beliau, tetapi yang paling utama anggota parti tahu siapa beliau, dan tahu apa yang telah beliau korbankan untuk Keadilan.

“Kita perlukan kepimpinan yang bersedia ‘toe the line’ bersama anggota, yang faham denyut nadi parti dan yang tidak meletakkan diri di atas, tetapi di sisi perjuangan rakyat.

“Pencalonan ini bukan soal mewarisi nama, tetapi soal membina semula semangat. Ia tentang harapan baru. Tentang menyatukan idealisme reformasi dengan realiti politik masa kini. Tentang menyambung api perjuangan dengan keikhlasan dan tanggungjawab,” ujarnya.



Source link