Malaysia Oversight

Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 19 Dan 20 Ogos 2025

By Amanz in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 19 Dan 20 Ogos 2025


Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 19 Dan 20 Ogos 2025

August 15, 2025
Kewangan

Amy Maizuraa

Maybank memaklumkan bahawa aktiviti penyelenggaraan sistem akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai usaha memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian kekal lancar dan selamat.

Sehubungan itu, perkhidmatan seperti DuitNow, DuitNow Transfer, Request/Send Money, DuitNow QR dan Cross Border tidak dapat diakses melalui Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz pada Selasa, 19 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 2.30 pagi, serta pada Rabu, 20 Ogos 2025 dari jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Maybank

Perkhidmatan JomPAY turut dijadualkan mengalami gangguan pada Rabu, 20 Ogos 2025 dari jam 3.00 pagi hingga 4.00 pagi menerusi Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz. Selain itu, perkhidmatan seperti Interbank GIRO, Financial Process Exchange (FPX) dan Debit Mandate dijangka terjejas sementara di platform Maybank2u web sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku susulan kerja penyelenggaraan sistem tersebut, dan menghargai kesabaran serta sokongan pelanggan.

Maybank

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link