Malaysia Oversight

Mat Hasan pertahan Akmal, harap terus jadi ‘pembangkang konstruktif’

By MkiniBM in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Mat Hasan pertahan Akmal, harap terus jadi 'pembangkang konstruktif'


Meskipun ada segelintir pihak beranggapan Konvensyen Khas Pemuda yang diadakan baru-baru ini sebagai tindakan biadab, namun Timbalan Presiden mempunyai pandangan berbeza.

Mohamad Hasan berkata, dia menyokong tindakan sayap Pemuda itu untuk terus menjadi pendesak dan “pembangkang konstruktif” dalam .

“Saya tahu Dr Akmal dan Pemuda telah menjeritkan hal isu rakyat dalam Konvensyen Pemuda baru-baru ini. Ada pihak yang kata Pemuda biadab.

“Bagi saya, tidak. Tugas Pemuda memang pembingit dan rebellious.

“Tugas Pemuda menjadi loceng kecemasan. Dr Akmal, pemuda, teruskan keberanian kamu.

“Tapi, jadilah pembangkang konstruktif dari dalam . Jika ada dasar yang merugikan Melayu atau menekan rakyat, Pemudalah yang akan bangkit dan menyanggah terlebih dahulu,” katanya ketika berucap pada perasmian serentak persidangan tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam ini.

4160f5c190628fc4fa61b6b82643427d

Pada 3 Jan lalu, Pemuda Umno menganjurkan Konvensyen Khas mendesak Umno supaya keluar daripada kerajaan perpaduan dan mengadakan kerjasama dengan sebagai pembangkang.

Gesaan itu dibuat dengan mendakwa rakan komponen kerajaan perpaduan khususnya DAP telah melanggar garis merah ditetapkan Umno.

Akmal pada konvensyen itu turut mendakwa penganjuran program itu mendapat restu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menolak gesaan tersebut dengan menegaskan parti itu akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga PRU akan datang.

Susulan itu, Akmal membayangkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dan Merlimau.



Source link