Malaysia Oversight

Masalah kewangan, KelSDeaf mungkin tarik diri sertai SOPMA

By Utusan in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Masalah kewangan, KelSDeaf mungkin tarik diri sertai SOPMA


KOTA BHARU: Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri (KelSDeaf) berkemungkinan besar terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) pada 1 hingga 7 Oktober depan di Sarawak jika masalah kewangan terus membelenggu badan berkenaan.

Presidennya Saiful Helmie Dzamani berkata, setakat ini KelSDeaf hanya mampu mengumpul sumbangan sekitar RM34,000 untuk meneruskan cita-cita murni menyertai kejohanan tersebut.

“Masa kian suntuk, kami memerlukan sekitar RM26,000 untuk menyertai kejohanan itu selawat-lewatnya 20 September ini. Kami sudah berusaha sebaik mungkin, namun sehingga hari ini menemui jalan buntu

“Jika masih tiada pihak yang sudi menyumbang, pilihan yang ada hanya menarik diri. Sejujurnya saya sedih jika kami tidak dapat menyertai kejohanan ini memandangkan semua atlet sudah berada pada tahap terbaik untuk bersaing,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Tunjong, di sini hari ini.

Saiful Helmie memberitahu, KelSDeaf berharap ada pihak yang sedia tampil menghulurkan sumbangan bagi memastikan atlet mereka dapat bersaing pada kejohanan itu nanti.

Katanya, jika beraksi pada kejohanan itu nanti beberapa atlet negeri ini akan menabur bakti bersama , Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

“Kami berjuang demi nama . Kami berlatih menggunakan dana sendiri, mengorbankan masa dan penyertaan kami di SOPMA untuk mengharumkan nama Kelantan dengan membawa pulang pingat kemenangan bukannya berseronok,” ujarnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri () Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim berharap KelSDeaf tidak akan menarik diri daripada menyertai SOPMA.

“Saya yakin rezeki itu dan berharap ada pihak yang akan memberikan bantuan dana kepada KelSDeaf. Alhamdulillah ICU JPM (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) ada memberikan sumbangan kepada mereka juga,” ujarnya.-UTUSAN





Source link