Malaysia Oversight

Masalah asas di Sabah gagal diselesaikan parti tempatan

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 4 minute
Masalah asas di Sabah gagal diselesaikan parti tempatan


WAWANCARA | Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, mendakwa isu infrastruktur asas yang tidak pernah selesai di Sabah semakin meruncing dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini walaupun negeri itu dipimpin oleh gabungan parti tempatan di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Menurutnya Sabah sepatutnya ditadbir oleh parti nasional melalui model “hibrid” yang bermula ketika pengambilalihan pada 1994, dengan menyatakan terdahulu di Sabah lebih berjaya menangani isu berkaitan air, elektrik dan jalan raya.

“Dalam lima tahun kebelakangan ini, masalah air menjadi lebih kritikal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dahulu memang ada catuan, tetapi tidak sekerap dan selama sekarang.

“Ini menunjukkan masalah negeri tidak diurus dengan baik oleh sedia ada. Jadi apa kebanggaan parti tempatan jika masalah asas — masalah legasi — tidak dapat diurus dengan betul?” katanya kepada Malaysiakini di parlimen pada Rabu.

Hajiji yang merupakan Sulaman selama lapan penggal, dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas PRN 2020.

Pada waktu itu dia memimppin Bersatu Sabah sebelum mengetuai tindakan keluar beramai-ramai dari parti tersebut pada Disember 2022 apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Ibrahim.

Perlu campur tangan peringkat nasional

Ahli Parlimen Beluran itu, menegaskan cabaran di Sabah mesti dianggap sebagai isu nasional yang memerlukan penglibatan kerajaan Persekutuan.

2c6009858fd4b30ddaaf13e04207a7c5

“Sabah mesti diurus oleh pemimpin yang berwibawa, tahu bagaimana menyelesaikan masalah, dan masalah ini mesti diangkat sebagai isu nasional yang memerlukan penglibatan kerajaan Persekutuan,” katanya sambil menyindir pentadbiran GRS yang dipimpin Hajiji.

Kenyataannya itu juga sebagai respons terhadap janji Presiden Warisan, Shafie Apdal, bahawa parti itu akan bertanding di semua 73 kerusi DUN dan memberi keutamaan kepada penambahbaikan infrastruktur sekiranya kembali berkuasa.

Timbalan Ketua Menteri dari GRS, Shahelmey Yahya, pula menegaskan kerajaan sudah ada “pelan lengkap” untuk menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan raya di Sabah, sambil menyifatkan janji parti lain sebagai janji manis.

“Jika ada yang menjanjikan masalah ini boleh diselesaikan segera apabila mendapat kuasa, itu hanyalah janji manis.

“Namun, yang diperlukan adalah perancangan jangka panjang. GRS sudah sediakan pelan lengkap, kini hanya perlu dilaksanakan mengikut jadual” kata Shahelmey, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, seperti dipetik Free Malaysia Today.

Shafie dalam masa sama mengakui pentadbirannya dari 2018 hingga 2020 juga tidak sempat menumpukan kepada isu infrastruktur, dengan alasan pandemik Covid-19.

Model politik hibrid

Menurut Kiandee, sepanjang sejarah, tiada parti tempatan yang berjaya mentadbir Sabah sejak era Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Sejak 1994 hingga sekarang, tidak pernah ada parti tempatan sepenuhnya mentadbir Sabah. Ia sentiasa dalam bentuk hibrid — parti tempatan digabung dengan parti nasional. Parti tempatan terakhir yang memerintah Sabah ialah PBS. Selepas itu, tiada lagi,” katanya.

Dia menegaskan bahawa slogan seperti “Sabah untuk Sabahans” sememangnya melambangkan semangat perjuangan, namun tidak wajar dimonopoli parti tempatan.

0a0bbfe986f7295bcc811e63472c819b

“Saya tidak menolak slogan ‘Sabah untuk Sabahans’ — ia menunjukkan semangat memperjuangkan negeri. Tetapi untuk mengatakan semangat itu hanya boleh dicapai melalui parti tempatan, itu tidak betul. Semangat sama boleh dicapai menerusi parti nasional. Terserah kepada rakyat Sabah untuk menentukan,” tambahnya.

Mengenai perbandingan dengan Sarawak, Kiandee menolak dakwaan bahawa kemajuan negeri itu kerana ditadbir oleh parti tempatan.

“Kemajuan Sarawak bukan kerana konsep politik itu atau susunan gabungan parti. Ia kerana mereka ada pemimpin yang komited menguruskan masalah rakyat,” jelasnya.

Bulan lalu, dalam ucapan di mesyuarat agung tahunan Gagasan Rakyat Sabah, timbalan pengerusinya Masidi Manjun berkata rakyat Sabah yang mengagumi pembangunan Sarawak perlu terlebih dahulu mengubah cara berfikir dan mengutamakan kestabilan politik.

Calon ketua menteri

DUN dijangka dibubarkan bulan depan bagi memberi laluan kepada PRN pada hujung tahun ini. Justeru Kiandee menggesa rakyat Sabah menilai PN berdasarkan rekodnya mengemudi negara ketika pandemik.

“Rakyat melihat kemampuan pemimpin PN membawa negara melalui saat sukar dan mencabar. Orang ramai menilai perkara itu. Saya melihatnya sebagai asas, bukan soal individu,” katanya.

Berhubung spekulasi mengenai calon ketua menteri, dengan Warisan dan masing-masing cenderung kepada Shafie dan Pengerusi Sabah Bung Moktar Radin, Kiandee berkata kempen PN berkemungkinan besar tidak menampilkan “poster boy” atau calon ketua menteri.

Dia turut menyatakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Abdul Hadi Awang, sebagai dua pemimpin tertinggi PN, akan kekal menjadi tokoh utama memimpin kempen gabungan itu di sejumlah kerusi yang belum diputuskan.

“Kalau PN ditakdirkan menang dengan jumlah kerusi mencukupi, semua orang layak jadi ketua menteri. Kita tidak perlu menamakan calon ketua menteri,” kata Kiandee.

Tahun lalu, DUN Sabah meluluskan pindaan dengan memansuhkan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri, sekali gus mengembalikan kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri di bawah Perkara 6(3) untuk melantik mana-mana yang diyakini mempunyai sokongan majoriti sebagai ketua menteri.



Source link