Malaysia Oversight

‘Masa Dr M jabat tangan dulu, kenapa Anwar tak tepis?’

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Anak kepada Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, menyelar Perdana Menteri Ibrahim kerana melabel bapanya sebagai pemimpin korup.

Presiden Pejuang itu mengemukakan deretan soalan yang sarat sindiran dan dengan tegas dijawab “tidak” bagi menyangkal dakwaan terhadap bekas perdana menteri itu.

Pada satu hantaran di Facebook, Mukhriz mengimbau kembali ke tahun 2016, ketika Mahathir dan – yang dahulunya seteru politik – berjabat tangan dalam momen dramatik demi menjatuhkan perdana menteri ketika itu, .

Dia mengenang pertemuan simbolik dua tokoh itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketika mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang kontroversi.

ad70b53a4a79dd804267195cf3269461

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah menulis di Twitter bahawa itu kali pertama mereka bersua muka sejak 2 September 1998 – hari Mahathir memecat Anwar di tengah dakwaan salah laku seksual yang menggemparkan.

“Ketika Tun Mahathir berjabat tangan dengan Anwar sewaktu perbicaraan kes Anwar di mahkamah, adakah Anwar menepis tangan Tun kerana dia seorang perasuah? Tidak.

“Ketika Tun M membawa Bersatu masuk ke Pakatan Harapan (PH), adakah PH menolaknya kerana dia korup? Tidak.

“Ketika PH memilih Tun M untuk memimpin PH dalam PRU14 sebagai Pengerusi dan calon Perdana Menteri, adakah Anwar dan PH menganggap Tun M perasuah? Tidak,” kata Mukhriz.

e8a7a66e90dbd456faf20a8c8016cf06

Mukhriz kemudian menyoal jika kepimpinan bapanya pada 2018 pernah dipertikaikan, terutamanya selepas kejatuhan bersejarah yang memerintah selama enam dekad.

“Ketika PH di bawah kepimpinan Tun M menang PRU14, adakah Anwar dan PH menolak kemenangan itu kerana Tun M korup? Tidak.

“Ketika Tun M mengangkat sumpah sebagai PM, adakah Anwar dan PH menukar calon PM mereka kerana Tun M perasuah? Tidak.

“Ketika Tun M melantik pemimpin komponen PH ke jawatan kabinet, adakah mereka menolak pelantikan itu kerana Tun M korup? Tidak.

3a2ff39e071911b25df5f01800986f04

“Ketika Tun M menandatangani surat untuk memohon pengampunan dan pembebasan Anwar dari penjara, adakah Anwar dan PH menolak pengampunan itu kerana Tun M perasuah? Tidak,” katanya lagi.

Mukhriz turut mengingatkan orang ramai bahawa Anwar tidak mempunyai masalah menerima sokongan Mahathir dan Allahyarham Daim Zainuddin semasa pilihan raya kecil Port Dickson pada 2018.

Mukhriz menekankan Anwar tiada bukti walaupun telah lama menuduh Mahathir korup – sejak lebih dua dekad lalu.

“Selama 25 tahun, Anwar konsisten menuduh tanpa bukti, tapi partinya kalah dalam setiap pilihan raya.

0d47bee687eb2b6a91e29ae9901fbfd6

“Hanya apabila Tun M dan Bersatu menyertai serta memimpin PH, Barisan Nasional—yang memerintah lebih 60 tahun—akhirnya tumbang.

“Adakah Anwar dan PH menolak kemenangan ini atas alasan prinsip, kononnya perjuangan mereka dikotori oleh Tun M yang didakwa korup? Tidak.

“Dan dalam segala yang Tun M lakukan untuk membantu Anwar dan PH, tidak sekali pun isu “Tun M perasuah” atau “menyalahguna kuasa untuk kayakan anak-anaknya” dibangkitkan,” katanya.

Kini, tambah Mukhriz, dakwaan-dakwaan itu diulang semula.

0eff17d101003707b44caa679ac36a2d

“Di mana buktinya? Tiada. Anwar dan PH bukan lagi pembangkang. Anwar kini Perdana Menteri, PH dan pula .

“Masih tiada bukti dibongkar? Madani sembunyikan bukti?

“Jelas, bagi Anwar, bukti tidak penting.

“Yang penting ialah persepsi. Jadi, dia terus melemparkan tuduhan tanpa asas dalam ucapannya dan wawancara media, semata-mata untuk menjatuhkan maruah Tun Mahathir dan keluarganya,” kata Mukhriz lagi.

d749c6d0c2437d389ec4ca7ec7025cc5

Mukhriz turut mencabar kredibiliti Anwar sebagai pejuang antirasuah dengan merujuk pelantikan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Dia juga menyentuh tentang orang-orang rapat Anwar – termasuk bekas pembantu politik Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang kekayaannya dipersoal, serta pelantikan anak Anwar, sebagai penasihat kanan yang turut mencetuskan kontroversi.

“Cukup-cukuplah dengan taktik untuk alihkan perhatian rakyat dari isu utama – iaitu keadaan ekonomi rakyat yang semakin buruk dibawah pentadbiran kamu.

“Tak ada siapa percaya kamu lagi, Anwar. Turun saja,”kata Mukhriz.



Source link