MAS Mengubah Haluan Penerbangan, Batik Air Membatalkan Penerbangan Ke India Dan Pakistan
May 7, 2025
•
Nazrin
Berikutan insiden pertempuran yang sedang berlaku diantara India dan Pakistan, syarikat penerbangan tempatan Malaysia Airlines dan Batik Air hari ini telah melaporkan pembatalan penerbangan ke negara tersebut untuk masa terdekat ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ram Dass Jeedi di Amritsar, India telah mengumumkan penutupan mereka bermula hari ini, 7 Mei 2025 sehingga 9 Mei 2025 buat masa ini kerana insiden pertempuran diantara tentera India dan Pakistan.

Dua penerbangan Malaysia Airlines, MH2 dari Kuala Lumpur ke London Heathrow, UK dan MH22 dari Kuala Lumpur ke Charles de Gaul, Perancis telah diubah laluan penerbangannya untuk terbang ke Doha, Qatar untuk pengisian minyak kapal terbang sebelum bersambung ke destinasi masing-masing.
Dalam pada itu, Batik Air juga telah mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan ke Amritsar, India dan juga Lahore, Pakistan pada hari ini, 7 Ogos dan esok, 8 Ogos 2025 kerana insiden ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.