Marshall Bromley 750 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM5899
Amy Maizuraa
Marshall memperkenalkan Bromley 750 untuk pasaran Malaysia pada harga RM5899. Speaker ini direka khas untuk pengguna yang mengutamakan kualiti audio premium dalam rekaan yang bergaya dan tahan lasak.

Bromley 750 menyokong audio ‘360° True Stereophonic’ untuk kejelasan dan keseimbangan pada setiap tahap kelantangan dan arah. Panel kawalan dilengkapi tombol untuk melaras mod ‘Dynamic’ dan ‘Loud’ serta menyesuaikan tona dan bunyi mengikut suasana. Ia juga hadir dengan pencahayaan terbina ala lampu pentas, lengkap dengan tiga pilihan mod pencahayaan.

Ia dilengkapi lapan pemacu audio merangkumi dua woofer 10″, dua mid-range 5.25″, dua tweeter 1″ dan dua tweeter 0.8″ serta disokong oleh lapan amplifier kelas D. Selain itu, ia menyokong bluetooth 5.3 Aura cast dengan jarak sambungan melebihi 70 meter. Ia juga menawarkan sambungan berwayar melalui AUX, USB-C, RCA dan dua port XLR/6.35mm, serta menyokong codec SBC/ AAC-mpeg 2/LC3.

Bromley 750 menggunakan bateri LFP (LiFePO4) yang boleh dicas semula dengan masa main melebihi 40 jam. Ia turut menyokong pengecasan pantas di mana 20 minit pengecasan membolehkan sehingga 5 jam penggunaan. Selain itu, ciri kalis air IP54 dan sokongan cahaya LED menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






