Malaysia Oversight

Marahkan ‘pendakwah’ bukan AGC, kata ahli akademik

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Marahkan 'pendakwah' bukan AGC, kata ahli akademik


Ahli akademik, Prof Tajuddin Mohd Rasdi, berpendapat kemarahan masyarakat bukan terhadap Zamri Vinoth dan Firdaus Wong telah disalurkan ke arah yang salah.

Selepas mendengar kata-kata Zamri dan Firdaus, kata Tajuddin, sentimen masyarakat berhubung isu tersebut wajar “dikontekstualkan semula” agar tidak diarahkan kepada kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebaliknya pihak lain.

“Sukar untuk mendakwa mereka atas isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) kerana apa yang disampaikan itu berpunca daripada tafsiran agama yang ringkas serta tidak berlandaskan konteks sebenar al-Quran dan Hadis,” katanya kepada Malaysiakini.

Profesor bidang seni bina itu menjelaskan, isu utama ialah bagaimana agamawan mengajar dan mentafsir agama tanpa memasukkan konteks kewujudan masyarakat secara bersama dan demokrasi yang terdapat dalam masyarakat moden.

“Sebab itu kita perlukan mufti yang bukan sahaja terlatih dalam bidang agama tetapi juga ilmu diplomasi dan pembinaan negara bangsa,” tambahnya.

Bagaimanapun, Tajuddin turut mengkritik sesetengah profesor pengajian di universiti awam kerana – walaupun dianggap sebagai “sarjana moden” – memilih untuk “berdiam diri” selain asyik “mengumpul kertas kerja” dan menganggap “pelantikan sebagai mufti atau pegawai agama negeri” menjadi merit untuk kenaikan pangkat.

“Saya merasakan bahawa kenaikan pangkat semua profesor agama mesti seiring dengan kebolehan serta keluasan pengetahuan mereka tentang ketamadunan manusia dan diplomasi negara bagi menkontekstualisasikan dalam 3R.

“Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai latihan khusus dalam bidang tafsiran agama yang sering digunakan di masjid-masjid, tetapi jelas boleh merosakkan keharmonian masyarakat kita,” katanya lagi.

2217127824072806c835748c0c0e9b12

Tajuddin menegaskan agamawan yang benar-benar berilmu dari gerakan “pembaharuan Islam” sahaja yang boleh menjelaskan kepada masyarakat mengenai bahaya yang dibawa oleh Zamri dan Firdaus.

Dia juga turut menyorot kurangnya penglibatan terhadap seni, warisan, dan nilai-nilai ketamadunan daripada kepercayaan serta falsafah lain dalam kurikulum sekolah agama, silibus sekolah awam, dan kursus universiti berkaitan Islam.

“Bagaimana kita mahu membina sebuah negara apabila kurikulum yang digunakan dibentuk berdasarkan kerangka tamadun lama yang bersifat satu budaya dan satu agama?

“Barangkali universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil serius hal ini.

“Jika tidak, para agamawan yang bakal menjadi profesor, asatizah dan mufti pada masa depan hanya akan membawa kita kembali ke kitaran lama tanpa sebarang perubahan atau pergerakan dalam kefahaman agama serta konteks seni, diplomasi dan sains,” tambahnya.

Pelbagai pihak baru-baru ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Zamri dan Firdaus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memaklumkan pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana kekurangan bukti.

[Baca berita penuh]



Source link