Malaysia Oversight

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Perak dan Selangor menurun

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 2 minute
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Perak dan Selangor menurun


Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat setakat empat petang ini, manakala di Perak serta mencatatkan penurunan dan di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya. 

Di Sabah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 2,813 mangsa banjir daripada 752 keluarga ditempatkan di 21 PPS dan sebuah PPK berbanding 2,468 daripada 656 keluarga pagi tadi.

Kenyataan JPBN memaklumkan, keseluruhannya sebanyak 95 kampung di lima daerah terjejas dengan Membakut, Papar dan Putatan mencatatkan pertambahan mangsa manakala di Beaufort tidak berubah dan di Penampang menunjukkan trend penurunan.

“Daerah paling teruk terjejas ialah Penampang melibatkan 940 orang daripada 232 keluarga, diikuti Membakut (815 orang daripada 232 keluarga), Putatan (538 orang daripada 135 keluarga), Beaufort (273 orang daripada 83 keluarga) dan Papar (247 orang daripada 70 keluarga),” menurut kenyataan itu.

Di Perak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 49 orang daripada 12 keluarga pada petang ini berbanding 397 orang daripada 91 keluarga pagi tadi melibatkan daerah Muallim.

Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan hanya penduduk Kuala Slim yang terjejas akibat banjir masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim. 

3a8058c25c87eb19436df50d942772ad
Keadaan banjir di Sabah

“Mangsa yang ditempatkan di empat buah PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Kampung Orang Asli Sungai Lembing Behrang Stesen dan Dewan Serbaguna Kampung Pauh sebelum ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah banjir pulih sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan paras air Sungai Slim di Slim River berada pada paras berjaga-jaga dengan ketinggian 25.19 meter berbanding paras normal 23.5 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan beberapa daerah di Perak antaranya Kinta, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang, Kampar dan Muallim dijangka mengalami ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.

Dalam pada itu, di hanya 10 mangsa daripada dua keluarga masih berlindung di PPS petang ini berbanding 146 mangsa daripada 44 keluarga pagi tadi.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS SK Sungai Serai di Hulu Langat masih kekal beroperasi menempat kesemua mangsa itu. 

Di Negeri Sembilan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata PPS SK Jimah Lama, Port Dickson ditutup 2 petang tadi dan kesemua 74 mangsa daripada 20 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

-Bernama



Source link