Malaysia Oversight

Man-Tee masih belum puas

By Utusan in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
Man-Tee masih belum puas


KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengakui masih belum puas dengan dua kejuaraan yang dimenangi musim ini, malah mahu terus mencabar gelaran ketiga di pentas Kejohanan Badminton Dunia 2025 hujung bulan ini.

Gandingan ranking ketujuh dunia itu sebelum ini menjulang trofi di Indonesia Masters dan Malaysia Masters, namun menyifatkan perjuangan mereka musim ini masih jauh daripada noktah.

Kai Wun berkata mereka bertekad untuk memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia kerana semua pemain sudah tentu mengintai kejuaraan berprestij itu.

“Memang kita akan memberi sehabis baik untuk Kejohanan Dunia ini. Semua orang pun nak (juara) pada kejohanan sebesar ini.

“Bukan Kejohanan Dunia sahaja. Tahun ni kita pun ada sasaran mahu masuk Jelajah Dunia Akhir,” kata Kai Wun kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Kai Wun yang menyifatkan prestasi mara ke suku akhir di dan Jepun sebagai momentum positif, percaya dia dan Wei Chong masih ada ruang penambahbaikan terutama dari segi kekuatan mental dan taktikal ketika berdepan pasangan elit dunia.

Setakat ini, pasangan negara itu masih belum berjaya menewaskan beregu utama , Liang Wei Keng-Wang Chang, malah mengakui pertembungan tersebut sentiasa menjadi cabaran paling sukar buat mereka.

Bagaimanapun, Kai Wun menegaskan mereka tidak gentar dengan mana-mana lawan termasuk beregu dari , malah percaya peluang untuk mencipta kemenangan tetap ada jika diberi kesempatan.

“Cuma mungkin dulu memang lah (kalah selalu), sekarang kami sudah lama tidak bertemu mereka. Mungkin sekarang kita main mampu kalahkan mereka,” katanya.

Rekod pertemuan menyaksikan Wei Chong-Kai Wun tewas dalam semua lima perlawanan menentang Wei Keng-Chang dengan kali terakhir bertembung di suku akhir Terbuka Arctic, Oktober lalu.-UTUSAN

 





Source link