Malaysia Oversight

Malaysia tundukkan Palestin 1-0

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia tundukkan Palestin 1-0


Malaysia mencatat kemenangan keempat di bawah kendalian Peter Cklamovski selepas menewaskan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Kemenangan ini juga menamatkan penantian panjang Harimau Malaya untuk menjaringkan gol ke atas Palestin sejak kali terakhir pada Mac 2001.

Perlawanan bermula baik apabila Joao Figueiredo membuka jaringan seawal minit kedua dengan tolakan mudah menewaskan penjaga gol Palestin, Rami Hamadeh. Gol itu menjadikan Figueiredo pemain Malaysia pertama meledak gol ke atas Palestin dalam tempoh 24 tahun.

Palestin cuba bangkit, antaranya menerusi percubaan jarak dekat penyerang Bader Mousa pada minit ke-26, namun ditangkis cemerlang oleh penjaga gol negara, Syihan Hazmi. Tidak lama kemudian, Rami Hamadeh pula menafikan cubaan Gabriel Palmero hasil hantaran Quentin Cheng.

Walaupun Palestin terus berusaha mencari gol penyamaan, skuad negara kekal bertahan hingga tamat babak pertama dengan kedudukan 1-0.



Source link