Malaysia Oversight

Malaysia, Timor-Leste perkenal pakej perantauan lebih murah

By Utusan in October 26, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia, Timor-Leste perkenal pakej perantauan lebih murah


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Dili dan wilayah lain Timor-Leste boleh menikmati pakej perantauan (roaming) ASEAN yang lebih baik hasil rundingan antara syarikat telekomunikasi kedua-dua negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fadzil berkata, langkah tersebut susulan perkembangan terbaharu penyertaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN baharu. 

Katanya, penyertaan itu mencerminkan perkembangan positif dan semangat perpaduan dalam komuniti ASEAN.

“Kami berjaya menyiapkan dan menandatangani kedua-dua Memorandum Persefahaman (MoU) dalam tempoh kurang sebulan selepas lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Timor-Leste pada September lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Media Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Semalam, dua MoU telah ditandatangani antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste yang meliputi bidang komunikasi sosial, kerjasama antara agensi, pembinaan kapasiti serta perkongsian kisah kemanusiaan.

Kerjasama masa depan turut merangkumi bidang kesalinghubungan digital, termasuk perkongsian pengalaman pelaksanaan 5G, penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (NADI), serta perbincangan mengenai kabel dasar laut.

Dalam pada itu, berkata, lebih 2,900 pengamal media tempatan dan antarabangsa membuat liputan pada Sidang Kemuncak ASEAN.-UTUSAN





Source link