Malaysia Oversight

Malaysia teruskan aksi cemerlang, benam Laos 5-1

By MkiniBM in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia teruskan aksi cemerlang, benam Laos 5-1


Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menundukkan Laos 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Laos membuka jaringan pertama perlawanan pada minit ke-19 dan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kebangkitan Harimau Malaya dicetuskan oleh Faisal Halim yang menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Selepas itu, skuad kebangsaan terus mengawal perlawanan dengan Romel Morales menjaringkan dua lagi gol, iaitu pada minit ke-65 dan minit ke-70.

Dua lagi jaringan hasil gol sendiri pemain Laos, Khammanh Thapaseut pada minit ke-79 sebelum Paulo Josue menambah jaringan kelima Malaysia pada minit ke-82.

[Berita lanjut menyusul]



Source link