Malaysia Oversight

Malaysia tegas pertahan beberapa dasar dalam rundingan tarif dengan AS

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia tegas pertahan beberapa dasar dalam rundingan tarif dengan AS


PARLIMEN l Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia tidak mengalah dalam beberapa tuntutan AS semasa rundingan, termasuk dasar bumiputera, di samping beberapa tuntutan lain yang dipersetujui oleh negara-negara lain selain Malaysia.

fff01a1c85212b5fb3967089ae100c8a

“Tetapi kita masih dapat 19 peratus (kadar tarif timbal balas). Paling penting (adalah) dasar bumiputera yang dianggap diskriminatori (oleh AS), dan mereka tidak boleh terima (kerana) itu bertentangan dengan semangat perdagangan antarabangsa.

“(Bagaimanapun) kita tak boleh, Malaysia mesti pertahankan (dasar bumiputera), dan akhirnya, ia diterima,” kata pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, kata beliau, juga perlu menilai risiko sekiranya dikenakan kadar tarif lebih tinggi kerana Malaysia adalah negara perdagangan dan nilai perdagangan dengan AS adalah tinggi.

“Kita boleh menang sorak, tetapi negara rugi dan ratusan ribu rakyat terkesan. Saya bertanggungjawab pertahankan kepentingan rakyat,” kata beliau.

Beliau berkata, bagi tuntutan yang boleh dipenuhi seperti dasar import-eksport, telah bertolak ansur, bukan sahaja kepada AS, malah kepada negara-negara lain termasuk .

868ebbd4bdc3017d4ff7781d19d79657

Berkenaan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG), Perdana Menteri berkata ia adalah keputusan MAG, namun Boeing bukan satu-satunya model pesawat yang dibeli oleh syarikat penerbangan itu.

berkata, semasa lawatan rasmi ke Perancis baru-baru ini beliau turut merundingkan pembelian pesawat Airbus dengan Presiden Emmanuel Macron malah Malaysia juga berunding dengan Brazil dan (untuk pembelian pesawat) namun memaklumkan pesawat mereka hanya untuk keperluan domestik sahaja setakat ini.

Menurut beliau, pada 2024 MAG mencatatkan keuntungan setelah beberapa tahun mengalami kerugian, didorong oleh pengurusan yang telus dan cekap, justeru, syarikat itu membuat pesanan (pembelian pesawat) sejak tahun lalu.

“Kedua-duanya, (pesawat) Boeing dan Airbus, sebahagian besar daripada kilang pembuatan bahagiannya (terletak) di sini. Kalau tengok sayap Airbus, itu (kilang pembuatan) banyak di Negeri Sembilan, Kulim dan juga di . Begitu juga komponen Boeing. Syarat kita dengan Boeing adalah mengenai pengeluaran sebahagiannya di sini.

“Kita kena beli (pesawat) dan kita kena beli banyak sebab laluan yang kita batalkan itu terlalu banyak. Ia berkenaan supply (tawaran) dan demand (permintaan),” kata beliau.

– Bernama



Source link