MELAKA: Malaysia Techlympics 2025 membuktikan minat pelajar dan belia terhadap sains dan teknologi apabila mencatat penyertaan lebih 1.8 juta orang di seluruh negara, termasuk peserta antarabangsa dari Kemboja, China, Indonesia dan Thailand. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, sambutan luar biasa itu menunjukkan budaya inovasi semakin kukuh dalam kalangan generasi muda hasil usaha kerajaan menerusi penganjuran platform berskala besar. “Program ini bukan sekadar pertandingan tetapi wadah penting…






