Malaysia Oversight

Malaysia tamatkan kepengerusian IACA dengan dua program antarabangsa

By TheSun in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Malaysia tamatkan penggal kepengerusian IACA dengan penganjuran dua program antarabangsa, perkukuh pendidikan antirasuah global.

: Malaysia menutup penggal kepengerusian sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Negara-Negara Anggota Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) sesi ke-13 dengan penganjuran dua program antarabangsa berprestij.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata program tersebut ialah Akademi Musim Panas Serantau dan Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti.

“Persidangan itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim pada 15 Julai lepas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kepengerusian itu memperkukuh sumbangan Malaysia dalam memperluas rangkaian pendidikan, latihan dan penyelidikan antirasuah di bawah IACA.

Ia memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti, pembinaan integriti sektor awam dan swatan serta pemerkasaan kerjasama antarabangsa.

Azalina berkata pendekatan itu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI di bawah pimpinan .

“Bagi Malaysia, integriti bukan sekadar nilai nasional tetapi prinsip sejagat yang memacu keadilan dan kemajuan dunia,” katanya.

Malaysia turut memantau dan menyelia Pelan Kerja IACA 2025–2028 serta Belanjawan IACA 2025.

Pelantikan bersejarah pada 30 Oktober 2024 di Vienna menandakan kali pertama Malaysia diamanahkan mengetuai AoP IACA.

Pemilihan sebulat suara oleh 77 negara ahli dan empat organisasi antarabangsa membuktikan keyakinan dunia terhadap kepimpinan Malaysia.

Malaysia secara rasmi menyerahkan kepengerusian kepada Wakil Tetap Montenegro ke IACA Djordje Radulovic.

Penyerahan itu menandakan penutup gemilang bagi penggal Malaysia dan kesinambungan kepimpinan negara-negara anggota. – Bernama


Post Views: 1



Source link