Malaysia Oversight

Malaysia sokong usaha Turkiye perjuangkan keadilan Palestin

By TheSun in July 24, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia sokong usaha Turkiye perjuangkan keadilan Palestin


KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Turkiye dalam membawa isu Palestin ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian adil untuk rakyat Palestin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas pendirian tegasnya dalam isu tersebut.

berkata beliau telah menghubungi Erdogan hari ini dan membincangkan perkembangan semasa serta isu-isu berkepentingan bersama.

“Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan menekankan pentingnya penyelesaian mampan untuk konflik yang berlarutan itu. – Bernama



Source link