Malaysia Oversight

Malaysia sedia hubungi pemimpin OIC kutuk kebiadaban Israel

By Utusan in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia sedia hubungi pemimpin OIC kutuk kebiadaban Israel


: Malaysia menegaskan kesediaan untuk menghubungi pemimpin-pemimpin utama menerusi Pertubuhan Kerjasama (OIC) bagi mengutuk sekeras-kerasnya kebiadaban rejim Zionis Israel yang berterusan mencabuli hak asasi manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, beliau sendiri bersedia menghubungi beberapa pemimpin termasuk Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani; Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin negara Islam lain bagi membincangkan perkara itu.

“Menteri Luar telah menghubungi Menteri Luar Qatar dan kalau perlu, saya akan menghubungi Emir Qatar termasuk beberapa pemimpin Islam (Erdogan dan Putera Mahkota Mohammed Salman) dan beberapa yang lain.

“Ia bagi fikirkan keperluan kerana kebiadaban Israel itu keterlaluan dan dia boleh serang mana-mana negara atas apa-apa alasan dan kita telah kutuk keras mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengadakan sidang tergempar bersama pemimpin OIC susulan serangan Israel terhadap Qatar semalam.

menegaskan, serangan berterusan Israel membuktikan sistem dunia kini gagal apabila jenayah terang-terangan rejim Zionis itu seakan dipandang remeh oleh beberapa negara antarabangsa.

“Ini menunjukkan sistem apa yang saya bicarakan sebelum ini, sistem dunia gagal. Satu negara lakukan jenayah terang-terang, negara lain boleh biarkan begitu rupa. Ini akan rosakkan seluruh sistem dan tatanan dunia,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di Doha dengan menyifatkan tindakan itu melanggar kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Semalam, Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan di Legtaifiya, Doha adalah serangan rejim Israel yang menyasarkan pejabat pemimpin Hamas.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa berjaga-jaga, mengelakkan kawasan berhampiran lokasi serangan serta mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih pihak berkuasa negara itu.

Qatar dalam pada itu memberi jaminan keadaan di Doha terkawal sepenuhnya dan ruang udara negara berkenaan kekal dibuka. – UTUSAN

 





Source link