PETALING JAYA: Malaysia mahu melahirkan 2,000 tenaga mahir tempatan yang diiktiraf dengan pensijilan profesional China menjelang tahun hadapan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu boleh dicapai menerusi kerjasama strategik antara Belia Mahir dan China Global Professional and Technical Certification Center (CGPTC) yang kini menjadi rakan pensijilan rasmi di Malaysia. “CGPTC ialah badan pensijilan antarabangsa berpangkalan di China yang berperanan mengiktiraf kelayakan profesional dan teknikal…






