Malaysia Rugi RM1.22 Bilion Akibat Jenayah Siber Pada 2024
Amy Maizuraa
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mendedahkan bahawa Malaysia mengalami kerugian melebihi RM1.22 bilion akibat jenayah siber dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024.
Beliau menjelaskan bahawa jumlah kerugian tersebut melibatkan pelbagai bentuk jenayah siber termasuk penipuan kewangan, penipuan dalam talian, manipulasi identiti dan kebocoran data secara haram.

Beliau turut memaklumkan bahawa Cybersecurity Malaysia telah merekodkan sebanyak 5,900 insiden siber sepanjang tahun 2023 dengan 3,705 daripadanya melibatkan kes penipuan.
Laporan berkenaan juga menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes pencerobohan data iaitu sebanyak 1,100% berbanding tahun sebelumnya.
Statistik ini menunjukkan dengan jelas bahawa jenayah siber bukan lagi isu pinggiran, sebaliknya telah menjadi ancaman utama terhadap keselamatan ekonomi negara.
Untuk menangani jenayah siber, PDRM sedang memperkukuh keupayaan forensik digital, meningkatkan risikan dan meluaskan kerjasama dengan agensi tempatan serta antarabangsa.
PDRM turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam urusan pentadbiran dan operasi bagi mempercepatkan proses kerja serta mengurangkan keperluan tenaga manusia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






