Malaysia Oversight

Malaysia rekod 9.03j kanak-kanak bawah 18 tahun pada 2025

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia rekod 9.03j kanak-kanak bawah 18 tahun pada 2025


Malaysia sekarang mencatat 9.03 juta kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang mewakili 26.4 peratus daripada 34.23 juta penduduk negara ini, menurut Statistik Kanak-Kanak 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin hari ini berkata daripada jumlah itu, seramai 4.66 juta adalah kanak-kanak lelaki manakala 4.37 juta perempuan dengan 2.31 juta berusia bawah lima tahun.

mencatat peratusan tertinggi kanak-kanak di bawah 18 tahun iaitu 39.9 peratus diikuti 33.5 peratus dan Terengganu 32.9 peratus.

mencatatkan jumlah tertinggi kanak-kanak iaitu 1.81 juta orang manakala Labuan mencatat jumlah terendah iaitu 0.03 juta,” katanya.

Mohd Uzir berkata dari segi kesihatan, liputan imunisasi bayi menyaksikan penurunan pada 2024 bagi kesemua lima jenis imunisasi utama iaitu polio, difteria, pertusis (batuk kokol) dan tetanus (DTP), haemofilus Influenza B (HIB) serta Hepatitis B masing-masing menurun sebanyak 6.1 mata peratus, manakala Bacillus Calmette-Guérin (BCG) menyaksikan penurunan 0.3 mata peratus.

Katanya berkata jumlah taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang berdaftar pula meningkat sebanyak 1.4 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,198 pada 2024.

“Johor mencatat pertumbuhan tertinggi sebanyak 29.4 peratus manakala merekodkan penurunan terbesar iaitu 21.0 peratus.

“Pendaftaran murid di sekolah dan sekolah bantuan merosot sebanyak 0.2 peratus, dengan penurunan 3.0 peratus di peringkat menengah atas manakala pendaftaran di sekolah swasta juga menyaksikan penurunan sebanyak 0.3 peratus terutamanya disebabkan kemerosotan 3.4 peratus dalam pendaftaran prasekolah,” katanya.

Dia berkata bilangan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan meningkat sebanyak 12.7 peratus, menjadikan jumlahnya 9,624 kes pada 2024.

Katanya kanak-kanak perempuan mencatat 6,031 kes manakala kanak-kanak lelaki menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 15.2 peratus berbanding 11.3 peratus bagi kanak-kanak perempuan.

Mohd Uzir berkata bilangan kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah pula menyaksikan penurunan sebanyak 4.2 peratus kepada 2,627 kes.

“Kanak-kanak bumiputera membentuk kumpulan majoriti iaitu 82.2 peratus diikuti Cina (9.0 peratus), India (4.9) dan lain-lain (4.1).

Bernama



Source link