Kerajaan Malaysia akan pertimbang cadangan untuk jadi pengantara konflik Sudan demi kepentingan pelaburan dan keamanan, kata Timbalan Menteri Luar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan pandangan supaya Malaysia menjadi pengantara dalam usaha perdamaian di Sudan.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata perkara itu perlu dibincangkan secara terperinci kerana konflik di negara berkenaan turut menjejaskan kepentingan Malaysia.
βIni juga menjadi keutamaan kita untuk melihat negara itu kembali aman. Kita punya kepentingan (pelaburan) yang begitu besar di Sudan,β katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat.
Mohamad berkata Malaysia sememangnya berpengalaman dalam mendamaikan beberapa konflik termasuk menjadi fasilitator untuk rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.
Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sebelum ini bertanyakan sama ada Malaysia akan menggunakan kedudukan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memimpin inisiatif keamanan Sudan.
Duta Besar Sudan ke Malaysia Hassan Abdelsalam Omer dilaporkan berkata Sudan menyanjung Malaysia sebagai rakan kepercayaan dan suara utama dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan Malaysia telah menyalurkan RM74 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini juga mengumumkan tambahan bantuan RM100 juta lagi untuk tujuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza. β Bernama
Post Views: 1






