Malaysia Oversight

Malaysia perlu jalin hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia

By TheSun in November 16, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia perlu jalin hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia


PM tekankan kepentingan Malaysia kekal hubungan baik dengan AS, dan semua kuasa besar demi keselamatan dan kepentingan rakyat

KENINGAU: Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat dan bagi memastikan keselamatan negara serta kepentingan rakyat terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata meskipun Malaysia bukan negara besar atau kaya, pemimpin utama dunia tetap menganggap negara ini sebagai rakan penting.

Beliau mendedahkan bahawa Presiden AS Donald menghubunginya dua hari lepas, satu penghormatan yang mencerminkan kedudukan Malaysia dalam hubungan antarabangsa.

“Saya bangga bukan kerana diri saya, tetapi kerana Malaysia dilihat sebagai negara penting oleh pemimpin besar dunia,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpunan Masyarakat DUN Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu.

menegaskan Malaysia menjalin hubungan baik dengan AS dan semata-mata untuk kepentingan rakyat dan keselamatan mereka.

“Kalau negara-negara besar bergaduh dan kita terlibat, kita juga akan susah,” jelasnya.

Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping semasa menghadiri mesyuarat antarabangsa di Korea Selatan baru-baru ini.

Beliau berkata Xi Jinping memuji keupayaan Malaysia mengurus hubungan baik dengan Washington.

“Saya tanya, Presiden, bagaimana pertemuan dengan Presiden ? Beliau kata, kerana kita menjaga hubungan dengan , beliau gembira, suasana jadi mesra dan rundingan lebih lancar,” kongsi Anwar.

Anwar turut menempelak tindakan pembangkang khususnya Perikatan Nasional yang memperlekehkan kunjungan Trump ke Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Tunjuk hubungan baik, ada yang marah, , PN persoalkan, ‘Apa ini Anwar? Amerika tidak bagus. Kau menari dengan mereka’,” katanya.

Beliau menekankan yang penting ialah Malaysia berbincang dengan semua negara untuk menjaga hubungan baik.

“Negara ini aman kerana kerjasama pasukan keselamatan dan kestabilan politik kita,” tegas Perdana Menteri. – Bernama


Post Views: 1



Source link