Malaysia Oversight

Malaysia menang tipis 2-1 terhadap Singapura

By MkiniBM in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia menang tipis 2-1 terhadap Singapura


Malaysia menang tipis 2-1 terhadap Singapura dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Walaupun berjaya mengalahkan negara jiran, pasukan kebangsaan kelihatan bergelut mengekalkan persembahan memukau ketika membelasah Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia dua bulan lalu.

Gol Harimau Malaya disumbang oleh pemain Sabah Stuart Wilkin dan pemain warisan baru kelahiran Brazil Joao Figueiredo. 

Pasukan lawan pula memperoleh jaringan tunggal melalui gol jarak jauh pemain gantian Ilhan Fandi.

Malaysia, yang mempunyai ranking jauh lebih tinggi, mempunyai banyak peluang tetapi gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

Dalam aksi menentang Vietnam Jun lalu, Malaysia menang besar 4-0. 

Pemain warisan Rodrigo Holgado, yang terbang kira-kira 24 dari Colombia tidak diturunkan malam ini.

Ketua jurulatih Peter Cklamovski mungkin menyimpannya untuk perlawanan minggu depan menentang Palestin di ranking 98 dunia.



Source link