Malaysia Kini Mempunyai Lebih 4100 Titik Pengecasan Kenderaan Elektrik
Aman
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kini berkongsi mengatakan Malaysia kini mempunyai lebih 4100 titik pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara setakat ini. Namun, angka ini dilihat masih jauh jikalau dibandingkan dengan sasaran awal kerajaan yang meletakannya pada angka 10,000 menjelang penghujung 2025.

Pada hari ini, pelbagai kenderaan elektrik telah ditawarkan di Malaysia, dan dengan pengenalan kenderaan baharu dari Proton dan Perodua akan datang, ia dijangka akan meningkatkan lagi pemilikkan kenderaan elektrik di Malaysia.
Peralihan ini juga dikatakan membolehkan Malaysia diposisikan sebagai hub untuk pemanduan hijau dan lestari alam.
Mengikut data di PlanMalaysia, ia diperlihatkan terdapat 4141 titik pengecasan pada hari ini, dengan 2857 adalah titik pengecasan AC, dan 1304 adalah titik pengecasan DC. Sekitar 1834 turut diposisikan dalam bangunan, sementara 2327 adalah diluar bangunan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.