Malaysia Oversight

Malaysia Di Tangga Teratas Carta Data Terbuka ODIN

By Amanz in April 30, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia Di Tangga Teratas Carta Data Terbuka ODIN


Lain-lain

Malaysia Di Tangga Teratas Carta Data Terbuka ODIN

April 30, 2025

Effi Saharudin

Malaysia berada di tangga teratas carta Inventori Data Terbuka (ODIN) yang diterbitkan semalam. Malaysia diberikan 90 markah yang adalah lebih tinggi berbanding 79 markah purata untuk 198 negara global. Selain markah keseluruhan ini, Malaysia juga menerima 99 markah dari segi keterbukaan data yang dikongsi.

Data

Sungguhpun di tangga pertama secara keseluruhan, Malaysia di tangga keenam dari segi liputan data yang dikongsi. Malaysia menerima markah penuh untuk perkongsian data populasi, pertanian dan penggunaan tanah, penggunaan sumber, perdagangan antarabangsa, kewangan dan perbankan, dan baki pembayaran.

Namun begitu data mengenai keselamatan makanan dan nutrisi, statistik gender, jenayah dan keadilan, hasil kesihatan, tenaga dan pencemaran masih boleh diperbaiki. Perkongsian data secara terbuka bukan sahaja memudahkan perancangan antara agensi tetapi juga menunjukkan ketelusan kerana ia boleh diakses sesiapa sahaja. Inisiatif OpenDOSM yang dilancarkan dua tahun lalu memudahkan pelbagai data terbuka diakses secara tempat.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link